BAB 1

Romance Completed 4204

Zalia membelek-belek baju yang berada didalam almarinya, jari jemarinya menyelak satu persatu baju yang terlipat kemas didalam almari itu tiada satu baju pun yang dirasakan sesuai untuk dibawa bercuti pada hari lusa nanti, Hadid tunang Zalia yang akan diijab kabulkan dua bulan lagi mengajaknya untuk bercuti ke Pulau Langkawi pada hari lusa.

“mana satu nak bawa ni, semua tak sesuai,” bisik hati kecil Zalia yang mengatakan baju-baju itu tidak sesuai dan sudah banyak kali dipakainya setiap kali pergi bercuti.

“Zalia, dah siap kemas baju tu?, nanti tak sempat kemas ada yang tertinggal,” jerit ibu Zalia di belakang daun pintu bilik anak tunggal kesayangan yang ditutup rapat, Datin Rohani sangat mengenali anaknya ini, selalu melakukan kerja pada saat akhir, Zalia adalah anak kesayangan kepada Dato’ Saiful dan Datin Rohani.

Perlahan –lahan daun pintu di bilik Zalia ditolak oleh Datin Rohani, dia melihat baju bersepah- sepah dimerata tempat seperti baru diceroboh masuk oleh pencuri gayanya.

“ Ya Allah, Zalia apa dah jadi ni? baju bersepah-sepah,” terkejut Datin Rohani melihat bilik anaknya yang tadi elok dikemas oleh Mak Leha orang gajinya yang sudah tiga puluh tahun berkerja di rumah besar itu,

“Zalia nak pilih baju, semua tak sesuai untuk di bawa bercuti dengan Hadid nanti.” jawap Zalia ringkas, Hadid adalah tunang Zalia, mereka berkenalan sejak dari kolej lagi tetapi jurusan yang berlainan.

Sudah lama Zalia menantikan saat untuk bercuti bersama tunangnya itu, Hadid jarang meluangkan masa bersama Zalia kerana sibuk menguruskan klinik yang baru dua tahun dibuka dengan titik peluhnya sendiri.

“ tak payah memilih sangat dengan baju tu yang penting anak kesayangan ibu ni akan berseronok disana nanti, pakai apa pun nampak cantik,” pujuk Datin Rohani sambil mengusap-ngusap rambut anaknya yang melepasi bahu.

Zalia memeluk ibunya dengan kemas seperti tidak mahu dilepaskan air matanya bercucuran membasahi pipi, seperti hendak pergi selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience