BAB 5

Family Completed 1577

“Bukan hilanglah,keluar negaralah. Tak faham ke?”Aku terasa apabila dikatakan yang abangku hilang. Entah kanapa aku jadi sedih.

“Okey. . tak hilang. . hah,dah tanya belum?”Aku mengangguk saja. Kedua rakanku ini semakin mendekat dan ekspresi wajah mereka juga berubah ingin mengetahui apa perkembangan kisah abang yang tidak kukenali itu. Aku keluar dari kantin dan terus duduk di bangku berdekatan. Dua orang gadis itu tetap setia menunggu aku membuka cerita.

“Suria ,cepatlah cerita. Kami ni dah tak sabar lagi nak dengar cerita kau tu.

“Alya bersuara diikutu anggukan dari Fauziah .

“Kakak aku diam saja. Tak bercakap sepatah pun. Aku dah mula curiga pasal abang aku tu. Aku rasa ada cerita yang mama dan papa aku tak mahu cerita. Macam mana ni?”Alya dan Fauziah mengerutkan dahi. Aku menunggu reaksi seterusnya dari kedua rakanku itu.

“kau tak pernah Tanya pada mama kau ke?Mama kau kan baik orangnya. Mungkin dia bolah cerita.

“Aku mengeluh sendiri.

Aku merebahkan diriku di atas katil. Mataku terus memandang kearah siling bilik. Aku menyoal diriku dengan berbagai soalan namun tak juga ku temui jawapan yang ku inginkan. Aku yakin yang aku belum pernah ke temu dengan abangku itu.

Bagaimana kah orangnya sekarang. Jika hari itu aku tak menjumpai gambar itu,apa mungkin hingga kini aku takkan mengetahui kewujudan abang sulungku?Aku menemui jalan buntu juga akhirnya. Mukaku disembamkan ke bantal. Aku menjerit sekuat hati,melepaskan geram.

“Suria . . Suria okey ke tu?”Sayup-sayup aku dengar suara mama dibalik pintu bilikku?

“Errmm. . Suria okey saja.“

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience