BAB 3

Family Completed 1577

Sayup-sayup aku terdengar deringan jam loceng milik Kak Lofa . Mataku terasa berat mahu dibuka.

Akhirnya ku bangun jua apabila kedengaran pintu bilik air terbuka. Bilik air ini memang disediakan khas untukku dan Kak Lofa memandangkan bilik air yang lain berada di tingkat bawah.

Aku memandang Kak Lofa yang siap berbaju kurung. Aku turun dari katil dan terus mencapai tuala dipenyangkut tuala. Tanpa membazirkan waktu aku masuk kedalam bilik mandi.

Selasai memakai baju sekolah aku turun ke tingkat bawah bersama beg sekolahku.

“mari makan sama-sama.“ Mama menyapaku apabila aku telah berada dihadapan meja makan.

“Ahh. . sedapnya bau. Mama buat apa pagi ni?”Aku menarik kerusi dihadapan papa.

“selamat pagi,papa.“ Melihat papa membaca surat khabar,aku hanya berbasa-basi sebelum mencedok nasi goreng kedalam pinggan. Kak Lofa datang dengan sedulang cawan berisi air milo.

“Papa nak milo?”Kak Lofa bertanya. Seperti kebiasaannya aku melihat anggukan papa tanpa suara. Kak Lofa meletakkan Ssecawan milo dihadapan papa sebelum memandangku.

“milo?”Aku senyum dan mengangguk dan meneruskan sesi makanku yang tergendal;a sebentar. Kak Lofa duduk di sebelahku dan aku lihat papa melipat surat khabar dan makan seperti yang sedang aku lakukan sekarang ini.

“Macam man periksa hari tu,Suria ?”Papa bertanya tegas. Aku senyum.

“Nanti Suria letak buku rekod Suria dekat atas meja papa,ya?”Sekali lagi aku lihat papa mengangguk. Begitulah setiap hari,papa kurang menghabiskan masa dengan aku dan Kak Lofa . Masanya hanya habis diwaktu kerja sahaja. Namun ada perkara yang membuat kan aku menyanjung tinggi dirinya,disiplin serta menepati janji dan masa. Hanya pada Kak Lofa lah aku menumpang kasih. Kak Lofa tidaklah secantik diriku yang dipuja lelaki disekolah namun kepintarannya membuatkan dirinya sering dipuji kalangan guru-guru berbanding diriku yang sebenarnya tidak kuat. Hanya menunggu masa untuk kembali pada Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience