BAB 2

Family Completed 1577

“Ialah. . orang tahulah. Macamlah orang ni kecil lagi. Suria dah besar lah.“ Kak Lofa malas melayan.

Seperti kebiasaannya, Kak Lofa menyambung bacaan novelnya pada belah malam dan seperti biasa jugalah aku akan disuruhnya membaca buku kerana Peperiksaan Menengah Rendah semakin hampir.

Aku dengan malasnya mengulang kaji pelajaran. Buku sains didepan mata bagaikan kabur sekejap apabila teringat abang sulungku yang berada ditanah inggeris.

Kata Kak Lofa , abangku itu seorang yang baik dan amat bijak. Oleh sebab itu aku tidak berjumpa dengannya lagi hingga ke hari ini. Aku teringin sekali mahu bertemu dengannya dan bersembang dengannya. Abang yang setahu aku kami belum pernah bertemu itu tak terfikirkah mahu pulang ke kampung halaman?

Apakah dia itu seperti yang di gambaran oleh kakakku ini? Tapi mengapa setiap kali aku menanyakan tentang persoalanku ini pada mama dan papa, tidak pernah dijawab dengan serius? Fikiranku terus menerawang menjelajah ke tanah inggeris sebelum lamunanku terhenti ketika soal oleh Kak Lofa .

“Hei! Fikirkan apa tu? Dah siap belajar?” Aku hanya mengangguk lemah. Kak Lofa tak teringinkah mahu bertemu dengan abang sulungku itu?

“Akak. .“ aku memanggilnya.

“Iya. . ada apa?” Kak Lofa menoleh kearahku. Aku memasukkan kembali buku notaku tadi kedalam rak buku sambil berkata.

“Akak tak teringin ke nak jumpa dengan Abang Long?” Kak Lofa kelihatan tersentak dengan pertanyaan aku.

Namun, jawapan yang aku kehendaki tidak keluar dari bibir Kak Lofa kerana Kak Lofa hanya mengangguk. Harapanku mulai punah. Pertanyaanku hanya terhenti disitu saja.

Aku terus mengemas barang persekolahanku untuk ke esokkan harinya. Dengan perasaan hampa berbaur rindu pada abang yang tidak dikenali, aku tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience