BAB 8

Family Completed 1577

“Mama!”aku berlari keluar dari bilik mencari kelibat mama. Aku begitu laju menuruni tangga dan tidak sedar yang aku mula tergelincir akibat stokin yang masih tersarung dikaki dan lantai yang licin.

Aku hilang imbangan dan terus terjatuh bergolek-golek di tangga hinggalah aku melihat kelibat mama dan mataku semakin kabur. Akhirnya,gelap.

Seluruh tubuhku terasa berat dan seperti ada yang menusuk kedalam urat-sarafku. Bibirku terasa sukar untuk dibuka dan mengeluarkan kata-kata. Aku diam dan melihat kesekelilingku. Terdengar tangisan mama dan Kak Lofa namun tidak jelas. Aku mengimbas kembali apa yang berlaku sebelum itu…

“Abang?”Aku terpandang abang di tepi katilku. Tapi mengapa abang saja yang tersenyum?

“Suria nak ikut abang tak?”Aku diam. ‘Apa mungkin ini pengakhiran hidupku?’Aku bercakap seorang diri.

“Tapi,sebaiknya Suria pulang. Gembirakan hati mama dan papa. Abang tak mampu nak bahagiakan mereka jadi Suria kena bantu mereka. Jangan susahkan mama dan papa,ya. Janji dengan abang,jangan cepat putus asa. Jangan sesekali cerita atau bertanya apa-apa tentang abang. Faham?”Aku mengangguk.

“Okey,sekarang buka mata Suria .

“Aku pelik. ‘bukankah mataku sedang terbuka sekarang?’. Abang senyum dan berkata lagi.

“Buka mata Suria . Dan jangan tutup sehingga tiba masanya.

Aku tersedar dari tidurku yang panjang. Kata mama,aku telah dimasukkan ke wad sejak seminggu lalu. Namun tiada perkembangan yang berlaku,hanya nafasku sahaja yang turun naik seperti biasa. Aku dibenarkan pulang setelah menjalani pemeriksaan yang terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience