BAB 1

Family Completed 1577

Tubuhku bagai menarik-narik kearah kereta biru milik mama. Namun aku tahu mama memang menghalang jika aku yang mendekati keretanya. Mungkin kerana dia takut jika aku merosakkan kereta barunya yang satu ini.

Tanpa sempat aku berfikir apa-apa tubuhku sudah pun berada disisi kereta biru mama. Kata mama, kereta ini pemberian papa untuknya dan dia tidak mahu sesiapa pun yang merosakkannya. Baru sekejap aku mengusap kereta mama, kedengaran suara dari muka pintu rumah.

“Suria buat apa tu?” Aku tersengih melihat mata bulat mama yang ketara memberi amaran kepadaku agar tidak menyentuh keretanya.

“tak. . tak. . tak ada apa-apa. Suria . . . err. . . Suria cuma tengok-tengok saja.

“ Tangan yang tadinya mengusap kereta mama itu disorokkan di belakang badan, takut diapa-apakan oleh mama. “jangan buat hal ya, Suria .

Sudah, marilah makan,nasi sudah mama hidangkan. Nanti kalau dibiarkan, sejuk pula.“ Aku mengusap dada yang tadinya bergelojak menahan debar.

Mama bukan manusia macam orang lain, mama ibarat isteri papazola dalam cerita Boboiboy yang boleh berubah bila-bila masa menjadi raksasa. Gerun sesiapa melihatnya. Amat menakutkan!

“Suria buat apa lagi tu?Cepatlah.“ kedengaran lagi suara mama dari dalam.

“Ya,Suria datanglah ni.“Aku melangkah lemah masuk ke dalam rumah.

Melihat lauk yang berada dihadapan mata, Aku tersenyum senang. Hatiku menjerit mengatakan ‘sambal udang!’ yang sememangnya menjadi pilihan hatiku sejak dulu. Tanpa banyak soal aku terus mencedoknya kedalam pingganku.

“Adik!. Bacalah do’a dulu. Isy. . kamu ni.“Aku tersengih saja melihat Kak Lofa . Kakakku yang satu ini memang pantang orang buat salah, mulalah dia membuka ceramah tanpa bayaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience