BAB 7

Family Completed 1577

“Kenapa bukan sekarang. Suria dah tak nak duduk dengan papa dan mama. Mereka semua tipu Suria . Suria tak suka!”Aku merungut dihadapan lelaki yang mendakwa dirinya sebagai abangku.

“Nanti kalau Suria rindukan papa dan mama macam mana. Macam mana pula dengan Kak Lofa ?Nak tinggalkan Kak Lofa juga?”Aku mula mempertimbangkan apabila nama Kak Lofa disebut. Aku mula yakin dengan lelaki ini.

“Baiklah,Suria akan ikut cakap abang. Tapi. . abang janjikan kalau Suria datang di sini,abang bawa Suria jalan-jalan di seluruh taman ni. Cantik. Suria suka.

“Abang tersenyum memandangku. Aku memandang wajah abang yang tak pernah aku jumpa ini.

“Suria . . Nanti Suria berbaik-baiklah ya dengan semua orang,termasuk papa dan mama. Jangan lawan kata mereka. Faham.

“Aku mengangguk laju. Air mata mula membasahi pipiku semula. Bagaikan sebentar saja masa berlalu membuatkan aku sebak mahu meninggalkan abangku. Aku tahu masanya telah tiba untuk ku pulang ke alam nyata.

“Ingat ya,sayang.“

Aku masih dengar lagi sayup-sayup suara abangku yang seakan-akan sedang berbisik ditelingaku. Namun,semua telah tamat sejak dia terjaga dari lenanya. Aku terkejut memandang jam masih menunjukkan pukul dua setengah.

Terasa lapang apabila dipertemukan dengan abangku sebentar tadi. Biarpun mimpi tetapi semacam benar-benar terjadi apa yang berlaku antara aku dan abang. ‘Aku mesti bagitau mama.

Aku nak mama jelaskan juga apa yang berlaku sebenarnya pada abang. ’Entah dari mana datangnya keyakinan itu,tapi yang pasti aku dapat rasa yang abang sudah tiada di dunia dan bukan di bumi inggeris seperti yang diberitahu oleh Kak Lofa ,mama dan papa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience