BAB 9

Family Completed 1577

Kerana hentakan yang kuat itu aku dapat berjumpa sekali lagi dengan abang. Aku bahagia walaupun seketika. Seperti kata abang,aku tidak menceritakan langsung tentang apa yang berlaku antara kami berdua sama ada pada keluargaku ataupun kawan-kawan. Aku senyum saja semenjak hari itu. Tiada lagi keraguan dalam hati.

Rasanya sudah cukup dengan perjumpaan sebanyak dua kali itu. Aku tahu abang juga seperti ayah yang tidak memungkiri janjinya yang dia akan membawaku berjalan-jalan di taman tempat kami pertama kali dipertemukan. Ada juga aku terfikir yang tidak logik apabila mempercayai mimpi,namun Tuhan itu maha kuasa dan mampu melakukan apa saja.

Sejak itu jugalah,tanpa pertanyaanku,mama dan papa sendiri yang memperkenalkan siapa abang padaku. Benarlah jejaka yang ku jumpai dalam mimpiku itu ialah abang,berdasarkan gambar yang diberikan padaku.

Wajah itu memang mirip,tiada perbezaan. Disebabkan perjumpaan itu jugalah aku mulai dekat dengan Tuhan. Aku sering mendoakan kesejahteraan abang dan keluargaku. Sering juga aku ke kubur abang.

Rupa-rupanya,abang meninggal disebabkan diriku yang pada waktu kecil memerlukan darah. Pada waktu itu tiada siapa yang boleh mendermakan darah padaku.

Dan aku hanya menunggu masa saja,namun abang tetap berkeras ingin mendermakan darahnya padaku memandangkan hanya darah ibu dan dia saja yang sama. Ibu tidak dibenarkan menderma pada masa itu kerana ibu juga mengalami tumpah darah semasa melahirkan aku.

Abang pula berkeras mahu mendermakan darahnya padaku walaupun pada masa itu dia sedang menghadapi asma tahap kritikal. Tanpa sempat kami berkenalan dan bermesra abang pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Aku menangis apabila mengetahui aku merupakan antara punca dia meninggal. Namun,aku tahu dia ikhlas mendermakan darah padaku. Aku dapat rasa aliran darahnya bersatu dengan darahku.

Aku redha atas pemergiannya dan tiada lagi soalan tentang abang selepas hari itu kerana semuanya akhirnya terungkai jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience