BAB 4

Family Completed 1577

“Suria ,jom. Nanti lambat pula. Dah pukul tujuh dah ni.

“kata Kak Lofa apabila aku kembali ke ruang makan setelah usai mencuci pinggan yang aku gunakan tadi. Aku hanya mengangguk dan mengikut Kak Lofa bersalaman dengan kedua orang tuaku. Dengan menaiki Honda Civic milik Kak Lofa ,aku akhirnya tiba disekolah dengan selamatnya.

Aku bersalaman dengan Kak Lofa sebelum turun dari keretanya. Sampai saja di tempat perhimpunan sekolah aku mencari kelibat dua orang pengawas sekolah yang sangat ku kenal rapat, Fauziah dan Alya.

“Suria ! Sini. . sini!”Aku mencari pemilik suara yang menjerit kearahku tadi. Aku melangkah kearah si gadis yang memanggilku tadi.

“Hai,Assalamualaikum.

“Alya menyapaku seperti pagi-pagi biasanya.

“Waalaikumsalam. Fauziah mana?Dari tadi Suria tak Nampak pun dia.

“ Alya menggerak-gerakkan matanya.

“Tadi aku nampak dia dengan Qaisara tadi. Mungkin Cikgu Rosli suruh dia jadi pengacara agaknya hari ini.

“Aku mengangguk saja.

“Jomlah,nanti kau kena marah pula lambat masuk barisan kelas.

“ Sambung Alya. Aku terus kearah barisan yang ditetapkan untuk kelas tingkatan tiga bersama Alya yang sememangnya ditugaskan mengawasi kelas kami.

“Kau dah tanya kakak kau tentang abang kau yang hilang tu?”Fauziah bertanya semasa sedang bejalan menuju ke kantin. Kelihatan ramai pelajar yang berpusu-pusu kearah kantin. Tak menang tangan si mak cik kantin dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience