BAB 9

Romance Completed 5182

Manik jernih yang membasahi pipi dikesat lembut. Puisi nukilan suami membuat dia jiwanya berbalam.

Sebulan dia cuba menjauhkankan diri. Bilal tidak memaksa untuk dia kembali tapi bait-bait puisi yang dihantar membuat dia jiwanya berbelah bahagi.

Demi Allah dia rindukan suaminya. Perutnya disentuh. Apa jua kesalahan tidak salah diberi peluang kedua jika benar orang itu sedar akan salahnya. Tidak salah andainya mereka cuba mengecapi bahagia bersama apatah lagi kini dia berbadan dua.

Cinta ini jua hanya milikmu

Rindu ini inginkan tuannya

Ku jua ingin kembali

Akan ku hulur tangan ini

Bersama kita melayari

Bahtera ini..

Butang hantar ditekan. Dia tersenyum. Tak sangka pula dia boleh membalas dalam puisi juga. Hentam sahajalah. Harap dikau faham sayang. Tidak lama kemudian dia terdengar enjin kereta dihadapan

Homestay yang disewa. Tak sanggup untuk dia balik ke rumah orang tuanya sebenarnya. tidak mahu masalah rumahtangganya diketahui oleh ibu bapanya.

Pintu dibuka. Zafyra menutup mulutnya yang terngaga. Rasanya baru sahaja dia menghantar mesej. Empunya sudah berada didepan mata.

“Sampai bila nak berdiri dekat situ. Panas ni sayang,” kata Bilal.

“Macam mana Bilal tahu, Fyra ada dekat sini.” tanyanya sambil membuka pagar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience