BAB 10

Romance Completed 5183

“Bilal ikut Fyra.”

Tak gunalah aku lari kalau dia sentiasa ada disini. Getus Zafyra.

“Kenapa tak paksa Fyra balik,”tanyanya semasa mereka melangkah masuk.

“Kalau Bilal paksa, Fyra akan terus lari. Bilal guna cara lain. Bagi orang tu rindu Bilal,”

“Terima kasih sayang. Maafkan Fyra kerana abaikan Bilal.”

“Ambil ini sebagai pengajaran dalam rumahtangga kita. Bilal berjanji akan terus setia sehingga akhir hayat Bilal dan juga akan menjadi ayah dan suami terbaik buat Fyra dan anak kita kelak.’’

“Bilal tahu,” soal pelik.

“Tahu. Bilal ikut Fyra ke klinik. Fyra tak perasan. Suka sangat layan perasaan.” tersenyum manja.

“Larilah sejauh mana pun Bilal akan ikut,” katanya sambil tertawa.

“Jom balik rumah,” ajak Zafyra.

“ Tak payahlah. Bilal rasa nak bulan madu dekat sini dulu,” kata Bilal manja.

“Banyaklah bulan madu, nak bulan madu apa kalau perut memboyot?’’ luah Fyra.

“Eh Fyra ni. Kenapa cakap macam tu. Bulan madu bukan untuk itu sahaja. Kalau bulan madu cara Bilal, Bila nak bawa Fyra hingga ke langit ketujuh tau tak? Kerana Fyra adalah pemilik cinta di hati Bilal.”

Fyra hanya mampu mengukir senyum bahagia mendengar kata-kata suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience