BAB 1

Romance Completed 5182

“kau ni dah kenapa? Aku punyalah beria bercerita kat kau, kau boleh pula takde respon, kalau ada pun, 100 patah aku kata, bunyi dehem je kau balas? No feeling at all. Cuba kau cakap kat aku apa masalah kau ni?’’ujar Bilal geram melihat riak muka sahabat baiknya itu yang bagai orang tak keruan asyik mengeluh dan mengerutkan dahi.

Resah semacam semenjak mereka keluar dari pusat boling tadi.

“Aku tengah stress la. Semak kepala aku sekarang ni,” balas Zafyra.

“Meh hang ceghita dengan aku, manatau kalau-kalau aku dapat bantu hang!”

“Abah aku dok hingaq suruh kahwin. Dia kata aku tak laku. Hang rasa aku tak laku ka,”terang dalam pelat Penangnya.

“Mungkin betullah agaknya apa yang ayah kau kata tu. Tengok jelah sampai sekarang kau tak kahwin lagi,” seloroh Bilal dan tak semena-mena satu tamparan wanita singgah di mulut Bilal.

“Pasal nilah aku malas nak cerita pada v kau. Kau suka perli dan menganjing aku.’’ Bentak Zafyra.

“Baiklah, minta maaf okayx. Aku tak tengok hang marah lagi hari ini.” memeluk tubuh tanda protes.

“Apa pendapat hang tentang jodoh yang diaturkan oleh keluarga,”tanya Zafyra.

“Awat, abah cari jodoh untuk hang ke la ni?.” mengangguk.

“Ala kahwin sahajalah. Tak susah pun.” tambah Bilal lagi. Zafyra lekas-lekas bangun dan langkah diatur keluar. Sakitnya hati hanya dia sahaja yang tahu.

“Fyra tunggu,” jerit Bilal. Dia berlari keluar dari Sunway Carnival. Cepatnya perempuan ni jalan. Rungut Bilal dalam hati. Lengan Zafyra diraih.

“Sorry. Aku tak tahu masalah kau seberat ni. Aku betul-betul minta maaf,” kata Bilal dalam kesalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience