BAB 7

Romance Completed 5182

Kereta milik Bilal memasuki ruang garaj rumah. Segera Bilal mendaki anak tangga. Rindudengan wangian isterinya. Bilal memeluk belakang tubuh Zafyra. Dia kaku. Perasaannya bercampur baur. Cintanya baru tumbuh sudah dicantas.

“Bilal rindu Fyra,” kata Bilal manja namun Zafyra melepaskan pelukan erat daripada Bilal. Bilal merasa aneh dengan sikap isterinya. “Apa Bilal buat pada Hadid ?”soalnya terus.

“Bilal tak buat apa sayang,” tubuh diraih.

“Ini apa,” cek ditunjuk.

“Fyra tak sangka Bilal seorang yang murah. Sehingga hari ini Fyra tak tahu sebab Bilal kahwin dengan Fyra. Sebab duit tak mungkin. Permainkan perempuan lemah macam Fyra. Kan?” kata Zafyra. Dia cuba bertahan untuk tidak menangis.

“Tak sayang. Sebelum Fyra mengenali Hadid, hati Bilal sudah terpaut tapi Fyra memilih Hadid.” Bilal cuba memujuk.

“Terpaut,” ketawa sinis.

“Ini apa pula. Sedap peluk wanita lain? Gambar ni Fyra rasa baru je. Fyra kenal semua pakaian Bilal sebab Bilal akan pakai yang Fyra pilih. Betul tak? Kalau salah betulkan.”

“Sayang. Bilal minta maaf. Bilal tahu salah Bilal.” terduduk. Kata maaf membuat dia hiba. Benarlah suaminya curang.

“Dengar dulu penjelasan Bilal,”

“Cukuplah Bilal. Kita adil. Sebelum kahwin Fyra tidak dapat memberi apa sepatut Bilal dapat. Ini balasan untuk Fyra.”bangun. Almari dibuka. Satu persatu baju dikeluarkan.

“Fyra jangan tinggalkan Bilal. Bilal terima siapa Fyra sebelum dan selepas. Bilal dah tinggalkan semuanya. Bilal janji akan setia. Bilal dengar doa Fyra.” kata dalam sedu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience