BAB 2

Romance Completed 5183

“duduk di tepi tebing jalan. Dia menutup wajahnya. Airmatanya mengalir.

“Abah paksa aku kahwin Bilal. Aku tak nak. Susah aku nak terima. Aku tak mahu tambah beban lain,” kata sambil mengesat airmatanya. Bilal melabuh duduk disebelah Zafyra. Cuba menyelami isi hati gadis itu.

“Bunda kata apa?”soalnya

“Bunda ikut kata Abah. Bunda kata aku bukan muda lagi, dah hampir tiga puluh tahun,” jelas Zafyra.

“Habis apa hang nak buat ni.” Bilal buntu jua.

menggeleng.

“Aku tak tahu Bilal. Aku harap sangat Hadid kembali,”

“Kau nak tunggu lelaki yang tinggalkan tanpa sebab. Aku rasa lebih baik kau kahwin ja dengan pilihan orang tua kau. Pilihan dia orang mesti terbaik untuk kau. Dah jom balik,” tercengang. Bilal tiba-tiba naik angin.

“Aku buntu Bilal. Aku takut nak kahwin. Luka dulu hampir sembuh. Aku tak nak luka baru Bilal.”kata dalam kereta. Sepi. Tiada balasan dari Bilal. Bilal memberhentikan kereta dihadapan pagar rumah milik Zafyra. membuka tali pinggang yang dipakainya.

“Aku tak tahu apa yang kau takut sangat nak kahwin Fyra. Kau tak pernah terus terang dekat aku. Jatuh cinta tu lumrah Fyra. Kepercayaan tu penting dalam sesuatu hubungan,”kata Bilal sewaktu mahu menutup pintu kereta.

“Nanti kalau aku dah sedia aku cerita dekat kau.” tiada pelat utara kalau tengah serius.

Mundar-mandir didalam bilik. Telefon ditangan digengam. Resah. Apa aku nak buat ni. Abah ni tak sabar betul nak menantu. Getus Zafyra. Akhirnya dia duduk dibirai katil. Mukanya diraup berkali.

Dia memandang jam disudut dinding. Baru pukul lapan malam. Pakaian ditukar mengesat peluh didahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience