BAB 5

Romance Completed 5183

“Adalah,” balas sambil tersenyum manja. Laju tangan Bilal mengeletek pinggang Zafyra. cuba mengelak.

“Nak bagi tahu ke tak,” Tanya Bilal. Tubuhnya berada diatas Zafyra. memandang suaminya. Muka didekatkan.

“Engineer tu Hamman Bilal,”kata Zafyra. Bibirnya terus dipagut manja oleh Bilal. Moga bahtera mereka terus bahagia tanpa badai.

Selesai solat menadah tangan. Hanya pada Allah dia berserah diri. Dia mensyukuri takdir Allah. Perjalannya mudah.

“Ya Allah sesungguhnya padaMU, aku melabuhkan rindu. Seandainya Bilal pelindungku, kau permudahkannya. Kau tetapkan jiwa ini untuk terus setia bersamanya. Terima kasih padaMU, kerana membuka hatiku untuk mencintainya sebagaimana Engkau mengasihaniku. Aamiin.” Zafyra mengaminkan doanya.

Hatinya tenang dapat mencintai sahabatnya kini menjadi suaminya. Pada awal perkahwinan dia berasa was-was tapi kini tidak lagi.

Bilal bersandar pada dinding. Airmata dia menitis. Tulus cinta isterinya. Semua doa didengari semasa dia membuka pintu bilik.

Dia meraup wajahnya. Apa aku dah buat ni. Bagaimana kalau tahu apa yang telah aku lakukan, masih ada cintakah untuk aku. seawal inikah ia akan terbongkar? Bilal resah sendirian.

“Hai sayang. Baru balik ke?” tegur sambil menutup pintu bilik. Tidak sedar kepulangan suaminya. Bilal mengangguk. Aku akan tinggalkan semuanya dan aku akan tebus kesalahan ini. Nekad Bilal.

“Bilal mandi dulu.”

“Ok nanti turun makan malam. Fyra dah masak,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience