BAB 6

Romance Completed 5182

meneruskan langkahnya ke bahagian bahan mentah. Bilal tidak dapat menemaninya hari ini. Selalu mereka berdua akan ke Mydin untuk membeli barangan dapur.

Dia meneliti bahan mentah dengan tekun. Tempat ini sentiasa padat. Pelbagai ragam diperhatikan. Kelihatan budak lelaki menangis, mungkin hajatnya tidak dapat ditunaikan. Kanak-kanak bermain troli. Tolak menolak sesama mereka. Puas dilarang tapi hasilnya tetap sama. Dia ketawa melihat telatah kanak-kanak tersebut.

“Fyra,” meletakkan kembali isi ikan salmon. Suara yang amat dikenalinya.

“Apa alasan kau sekarang. Hilang macam angin muncul bagai ribut.” marah Zafyra.

“Hadid ada sebab Fyra,” kata Hadid.

“Memang semua orang buat sesuatu ada sebab. Tak ada orang buat tanpa sebab, melainkan orang tu tak ikhlas dengan kita,” balas Zafyra.

“Fyra, Hadid minta maaf. Hadid minta Fyra jangan percaya Bilal,”

“Kenapa Fyra tak boleh percaya suami Fyra.” Hadid terkejut. Bilal sudah memiliki gadis manis ini. Dia terlambat.

“Kenapa Hadid.” soal lagi.

“Fyra nak tahu kenapa Hadid menghilang selama ni,” laju mengangguk.

“Bilal puncanya. Dia memang cintakan Fyra dari dulu lagi.”

“Bukti.” memintas.

Hadid menyerahkan sekeping cek bernilai sepuluh ribu bersama tiga keping gambar. Hatinya hancur melihat suami berada dipelukan wanita lain.

“Cek tu, nilai untuk Hadid tinggalkan Fyra dan gambar tu bukti Bilal tak setia dengan Fyra. Hadid tak minta Fyra kembali pada Hadid tapi Hadid nak Fyra lihat sendiri siapa Bilal dibelakang Fyra.”dia bangun meninggalkan Zafyra. Hatinya puas. memandang Hadid berjalan bersama tongkat ditangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience