BAB 4

Romance Completed 5182

“Aku terima nikahnya Zafyra Binti Anas dengan mas kahwin empat ribu ringgit tunai.” Bilal menarik nafas lega. Akadnya selesai dan berjalan lancar.

“Fyra, saya nak pergi kerja ni,” jerit Bilal di muka pintu. Baru seminggu menjadi suami agak huru hara dia. Terasa lain.

“Tak nak makan dulu ke,” soal Zafyra. Bilal menggeleng.

“Tak sempat sayang. Ada mesyuarat.”

“Itulah, Fyra dah kejutkan tapi tak nak bangun juga. Layan bola sampai ke pagi,” bebel Zafyra. Mug di tangan disua. Bilal mecapainya dan segera diteguk.

“Ok bye. Take care. Bilal pergi dulu,” tak sempat Bilal berpaling. Tali leher Bilal ditarik manja oleh Zafyra.

“Ini hadiah untuk pagi ni. Terima kasih untuk seminggu ni.” Pipi Bilal dicium. Bilal tersenyum membalas. Terkejut dengan tindakan isterinya. Boleh gila bayang nanti ni. Detik hatinya.

Perkahwinan mereka disiram bahagia. nekad hati dan jiwanya akan diserahkan kepada suami tercinta. Siapa sangka sahabat menjadi suaminya kini. Sikap penyayang Bilal membuat hati dia terpaut.

“Bila nak berhenti kerja. Bosanlah Bilal tidur malam sorang-sorang,”adunya.

“Aik selama ni tidur seorang tak pernah dengar Bilal cakap bosan.”

“Itu sebelum kahwin. Sekarang dah ada bantal peluk.” Tubuh Zafyra dipeluk. Nasib cuti hari ini. Seminggu dia menahan rindu. Tak lena tidurnya.

“Sayanglah nak berhenti. Tak boleh nak usha engineer kat kilang nanti,” kata Zafyra

“Engineer mana. Bagi tahu”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience