BAB 1

Romance Completed 1157

Enam tahun yang lalu…

Seorang lelaki kacak persis model antarabangsa melangkah masuk ke sebuah institusi kewangan terkemuka di Malaysia.

Dengan gaya yang berkeyakinan dan aura yang memikat membuatkan setiap langkahnya diperhatikan walaupun dia tidak menghiraukan. Pintu lift terbuka dan lelaki itu terus sahaja menekan butang untuk ke tingkat 38.

“Hari pertama lapor diri?” Penyambut tetamu Tingkat 38 bersuara sambil memandang lelaki itu dari atas ke bawah beberapa kali. Lelaki itu hanya mengangguk.

“Nama siapa dan nak jumpa siapa?” Penyambut tetamu itu tersuara lagi.

“Saya Oshmar Mukhlis, nak jumpa dengan Evelyn Song.” Ringkas dan padat jawapan yang diberikan lelaki yang bernama Oshmar Mukhlis itu.

Penyambut tetamu mengarahkan Oshmar duduk dan membuat panggilan. Tidak lama kemudian, Evelyn Song terpacul di muka pintu.

“Oshmar, welcome aboard. Kak Zai, ini Leng Chai masuk team saya. Ganti tempat Firman. Tolong update dalam sistem ya.” Kak Zai, Si Penyambut Tetamu hanya mengangguk.

“Come Oshmar, I show you your place, how’s London? When did you arrive here?” Kedengaran cukup mesra Evelyn Song beramah dengan lelaki bernama Oshmar Mukhlis.

Evelyn Song, Ketua Unit Pemasaran Perdagangan Antarabangsa terkenal dengan sifat sombongnya.

Entah mengapa kali ini dia cukup ramah dan beriya-iya benar melayan pekerja barunya.

Hawra sedang sibuk melayani kerenah majikannya Tuan Syed Nasir. Sekejap masuk, sekejap keluar Hawra dari bilik Tuan Syed.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience