BAB 8

Romance Completed 1157

“Ok, kau merajuk dengan aku. Hawra Binti Abd Jalil, aku kenal dengan kaulah. Lagi-lagi bila kau merajuk dengan aku. Dah lah Su, janganlah buat aku macam ni, aku minta maaf tinggalkan kau tak bagitahu. Aku called kau banyak kali, tapi kau tak jawab. Aku terpaksa pergi sebab keluarga aku perlukan aku sangat-sangat masa tu. Masa aku sampai dekat London, aku kena ragut. Laptop, handphone, semua yang berkenaan dengan kau habis kena ambil. Tapi peragut tu tak boleh nak ragut memori aku dengan kau.”

“Bila aku dah sibuk, aku terus tak sempat nak cari kau lagi. Tapi aku tak pernah lupa pada kau. Aku menyesal tak hantar kau sampai rumah. Setiap kali aku balik KL aku teringin nak jumpa kau. Tapi aku takut kau marah dekat aku. Aku takut kau tak suka dengan aku. Aku takut kau dah berubah hati. Sangkaan aku betul. Kau marah lagi dengan aku. Sekarang ni aku cuma nak tahu, kau dah kahwin ke belum?” Lelaki itu tersenyum memandang Hawra yang dari tadi sebaik mungkin tidak mahu mendengar bebelannya dengan cuba membaca majalah yang tersedia di dalam poket kerusi kapal terbang sambil menggigil-gigil menahan dirinya.

“Encik, saya tak kenal Encik. Maaf.”

“Oshmar. Atau kau selalu panggil aku Iz… Mir... Emir...”Oshmar masih lagi mengingati cara Hawra memanggilnya. Hawra mencari anak mata Oshmar Tan Sri Mukhlis. Oshmar tersenyum memandang ke arahnya.

“Su, aku rindu sangat-sangat dengan kau. Kau nak pergi Kedah sorang-sorang buat apa?” Kapal terbang sudah selamat terbang di angkasa. Kini giliran Oshmar mencari anak mata Hawra. Bersungguh Oshmar mengasak Hawra dengan pelbagai soalan.

“Buat apa kau sibuk nak tahu? Dulu kau hilang ada kau sibuk nak bagitahu aku, tak de kan? Sekarang tiba-tiba kau jumpa aku dalam perut kapal terbang, kau sibuk-sibuk pula, kenapa? Buang tabiat?” Hawra sebaik mungkin menjaga nada suaranya.

Tiba-tiba marahnya membuak pada Oshmar. Oshmar hanya tersenyum kerana gaya marah Hawra masih lagi tidak berubah terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience