BAB 10

Romance Completed 1157

Oshmar meminta pemandunya menunggu di dalam kereta. Hawra keluar sebaik sahaja kereta diberhentikan. Oshmar hanya menurut dari belakang. Hawra berjalan pantas mendapatkan ayahnya. Pak Lang juga ada d situ.

“Siapa ni, Hawra ?” Haji Hamid bersuara.

“Saya Oshmar, bakal menantu pakcik.” Semua yang berada di situ terlopong buat seketika. Hawra terkulai di situ, nasib baik Oshmar sempat menyambutnya, sebelum Hawra di bawa masuk ke dalam rumah.

Bau kopi susu kambing sudah menyelinap masuk ke pelusuk ruang bilik. Hawra masih lagi berada di dalam selimut malam itu. Kundasang dituruni hujan rahmat. Sejuknya sampai ke tulang.

“Nah, kopi susu kambing. Minum sikit. Biar panas badan tu.” Wajah yang dari tadi dicari Hawra malam itu.

“Mana dapat kopi ni???” Hawra memegang mug seramik yang masih panas sebelum dia meniup-niup air kopi yang masih berasap.

“Bawalah. Minumlah cepat. Nanti sejuk tak sedap.”

“Tak pe, ada portable heater kat sini.” Hawra tersenyum nakal.

“Ohhh… Daring sekarang ya. May I know something,Sayang?”

“What?”

“How does this thing happen? Kita? I mean…” Mug yang berisi air diletakkan di atas meja sisi. Hawra tersenyum sambil membetulkan kedudukannnya mencari keselesaaan di dalam selimut tebal.

“Entah. Tapi lepas balik dari Sabah, I really want to bring you here. Sampai siap berangan. Satu hari nanti nak datang sini dengan Oshmar. Tak kisahlah macam mana cara sekali pun, tapi nak datang sini juga dengan Oshmar. Tak sangka pula Allah dengar permintaan yang tak seberapa tu.” Satu kucupan singgah di ubun-ubun Hawra.

“But I still can’t believe why ME instead of the girls out there who have been chasing you...”

“Because you’ve never chased me. I’ve been chasing you. Since the day one masa dekat bank dulu. I can’t resist your smile. Cara Sayang merenget, marah, gelak, senyum masa kena kacau dengan Tuan Syed, atau siapa-siapa jelah. Buat Abang tersenyum sendiri. Itu sebab juga Abang offered nak hantar Sayang balik sampai LRT Station, sebab Abang nak berdua-duaan dengan Sayang dalam heavy traffic. Masa tu, masa yang Abang tunggu pada setiap hari bekerja. Itulah masa yang paling best dalam hidup Abang masa kerja dekat bank dulu.” Pelukan dieratkan Oshmar.

“Gila!”

“Memanglah gila. Masa dekat London, lagi gila. Semua perempuan Melayu yang pakai tudung, nampak macam Sayang. But I was so busy running the business for Daddy. Tapi tak sangka pula Allah nak temukan kita balik dalam flight pergi Alor Setar tu. Alhamdulillah.”

“Iz…” Panggilan paling mendayu diterima oleh Oshmar.

“Ya, Sayang.”

“Thank you for everything. You have completed the puzzle.”

“No. You solved the puzzle for me.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience