BAB 5

Romance Completed 1157

“Nak, tapi habiskanlah karipap dengan maggi ni dulu.” Sudah tidak ada bunyi Mat Salleh dari gaya percakapan Oshmar. Hawra menjeling apabila Oshmar menolak mangkuk Maggi karinya ke arah Hawra. Aku juga yang kena habiskan makanan dia.

Tuan Syed menggelengkan kepalanya apabila dia mendapat surat perletakkan jawatan dari Oshmar.

“Betul ke awak nak berhenti ni Oshmar ? Dah pikir masak-masak?”

“Dah, Tuan Syed. Lagipun ayah saya suruh saya uruskan his business in London for the time being."

"Awak tak nak tunggu Hawra balik dari Cuti-cuti Malaysia dulu ke? Mahu dia terkejut nanti bila dia balik awak dah tak de? Nangis pula dia pada saya nanti. Saya tak pandai pujuk dia macam awak pujuk dia.” Masih sempat lagi Tuan Syed menyakat.

“Ish, tak delah Tuan Syed. Mana ada saya pandai pujuk dia. Marah boyfriend dia nanti. Masa dia menangis hari tu bukan saya yang pujuk, tapi Kak Zai. Saya datang situ kebetulan je pun nak minta dia cekkan jadual Tuan Syed.” Oshmar membetulkan keadaan.

Kenapa Hawra menangis ketika itupun Oshmar tidak tahu. Stress dengan kerja barangkali. Siapa tidak stress bekerja dengan perempuan sombong seperti Evelyn Song? Oshmar pun stress juga.

“Nanti saya call dia.”Itulah janji Oshmar kepada Tuan Syed.

“Jangan cakap je, buat. Saya kenal sangat dengan awak tu. Dah sibuk nanti, lupa.” Berdesing juga telinga Oshmar mendengarnya.

Seminggu kemudian.

Hawra pulang dari percutiannya. Memanjat Gunung Kinabalu dan kemudian menghabiskan masa di Sipadan Island bersama keluarganya amat menyeronokkan.

“Waah, lama cuti, nak dekat dua minggu. Baru sekarang kau ingat office, Hawra.”Kak Zai menegur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience