BAB 9

Romance Completed 1157

“Marah kau pada aku masih sama lagi kan? Kau tahu tak aku rindu sangat dengan bebelan kau. Rindu sangat dengan rajuk kau, rindu sangat nak tengok kau tengok aku macam tu. Aku tak nak lepaskan kau kali ni. Apa nak jadi, jadilah. Aku nak ikut kau pergi mana kau nak pergi kejap lagi.” Asakan Oshmar benar-benar menggugat kesabaran Hawra.

“Kau jangan buang tabiat. Aku nak pergi kenduri kahwin sepupu aku. Bukan nak pergi bercanda. Jangan nak buat gila. Kau pergi buat urusan kau. Jangan nak sibuk dengan urusan aku.”

“Lagi bagus! Boleh aku jumpa terus dengan famili kau. Tak pe, urusan aku, aku boleh tundakan. Kau lagi penting sekarang ni. Aku tak nak lepaskan kau lagi.”

“Jangan nak mengada-ngadalah, Mir.” Oshmar ketawa mendengar omelan yang diberikan oleh Hawra.

Oshmar tidak mahu terlepas pandang walaupun seketika. Hawra sebolehnya mahu melepaskan dirinya dari Oshmar. Akhirnya Oshmar menarik lengan Hawra agar Hawra sentiasa dekat padanya.

“Iz, lepaslah. Kau nak aku menjerit ke apa?”

“Jeritlah. Kau jerit, aku cium mulut kau. Mana kau nak?”

“Gila!”

“Memang gila pun. Kau ingat senang Allah nak temukan kita dengan cara macam ni. Dah! Ikut aku. Bagitahu mana alamat rumah sepupu kau tu.”

“Lepaskanlah tangan aku dulu. Macam mana aku nak ambil kad kahwin dia.” Oshmar tersenyum apabila Hawra menurut.

Sebuah BMW X6 berwarna hitam menjalar masuk di perkarangan rumah Pak Lang Nordin. Semua mata-mata memandang akan gerangan kereta yang tidak dikenali mereka.

Tiba-tiba kereta itu berhenti. Beberapa orang tua sudah bersiap sedia untuk menyambut kedatangan sesiapa sahaja yang bakal keluar dari kereta mewah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience