BAB 7

Romance Completed 1157

Tiba-tiba Hawra terdengar suara yang sudah lama tidak didengarinya memanggil namanya. Sedayanya Hawra tidak mahu untuk membenarkan suara itu menjengah dirinya semula.

Kini, badannya pula digerakkan. Suara itu terlalu dekat dengannya. Hawra membuka sedikit matanya. Benar! Wajah yang telah meninggalkannya lima tahun berada di hadapannya. Hawra mengalihkan pemandangannya.

“Hawra, Su, Hawra.. Kau tak kenal aku lagi ke? Aku tak pernah lupa kau.” Suara itu benar-benar menyesakkan jiwa Hawra. Masih ingat lagi kejadian lima tahun yang lalu. Dia ditinggalkan oleh sahabat baiknya ketika itu. Ingat Hawra manusia datang dan pergi dari hidupmu hanya DIA yang kekal bersamamu.

“Hawra, pandanglah aku. Kau dah lupa aku ke? Kau tak rindu dekat aku ke?”Bertubi-tubi soalan diasak oleh lelaki itu. Peramugari melintas di sisi Hawra. Hawra menarik tangan peramugari yang bernama Samantha sebelum Hawra memanggilnya lembut.

“Cik Samantha, boleh tak saya nak tukar tempat, saya tak selesa duduk sebelah lelaki ini.” Hawra beralasan membuatkan lelaki di sebelahnya menggelengkan kepala sambil meraup mukanya beberapa kali. Peramugari itu kehairanan. Tidak selesa duduk di sebelah lelaki sekacak itu, pelik.

“Maaf ya, lepas take off nanti, kalau nak tukar boleh, sekarang belum lagi. Sila pasang tali pinggang keledar sekejap lagi kita dah nak terbang.” Peramugari itu tersenyum kepada mereka berdua.

Hawra mengeluh lemah. Belum sempat peramugari itu berpaling, lelaki tersebut dengan pantas memasangkan tali pinggang keledar untuk Hawra. Peramugari itu hanya mampu tersenyum melihat keperihatinan lelaki kacak itu. Hawra terkesima buat seketika.

“Dari dulu kau tak suka pakai seat belt kan? Tiap kali aku hantar kau pergi LRT Station, mesti aku yang kena pakaikan kau punya seat belt. Kalau tidak, kereta aku tak berhenti-henti berbunyi. Kau ingat lagi tak? Aku tak pernah lupa setiap kali aku pakai seat belt, kau percaya tak?” Jantung Hawra berdegup kencang. Benci dengan apa yang didengarinya.

“Su, kenapa kau diam? Kau benci dengan aku ke? Kau dah tak ingat aku lagi ke? Kau kerja dekat mana sekarang? Kau dah kahwin ke belum?” Lelaki itu berlagak mesra bertanyakan soalan sambil tidak menghiraukan Hawra yang membisu di sebelahnya. Mata lelaki itu sarat dengan rindu yang dipendamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience