BAB 2

Romance Completed 1157

Evelyn Song melintasinya semasa Hawra ingin masuk semula ke dalam bilik Tuan Syed.

“Su, Tuan Syed ade?”

“Ada, kenapa, nak jumpa?”

“Ini, I nak kenalkan kita punya staff baru dengan Tuan Syed yang hari tu kita interview through video conference tu. Inilah dia. Oshmar Tan Sri Mukhlis.” Hawra mengintai lelaki yang dari tadi hanya menundukkan mukanya.

Gaya berpakaian ala-ala model di dalam majalah GQ. Badan boleh tahan sedap. Tapi kenapa tunduk? Hawra mencari wajah lelaki yang bernama Oshmar Tan Sri Mukhlis.

“Su, jangan tengok anak bujang orang macam tulah.. You nikan.. Malulah Leng Chai ni. Boss ada tak dekat dalam? I nak bawa Oshmar jumpa dia.” Hawra tersedar dari lamunan. Kemudian ketawa kecil.

“Ada. Kejap.”Hawra mengetuk pintu Tuan Syed dan terus bersuara dari dalam meminta Evelyn Song masuk bersama Oshmar.

Hawra duduk semula di tempatnya. Kini membuka email dan membaca email dari Kak Zai. Berderet-deret email berkenaan dengan Oshmar Mukhlis sudah mula tersebar. Hawra tersenyum sendiri.

“Hawra, I nak pergi lunch. Lepas tu terus pergi meeting dekat Shah Alam. Tak balik office, you tolong jagakan kedai kita ni ya. Lagi satu, ajaklah budak handsome tu makan sekali. Dia baru sampai sini 3 hari lepas. Tapi ajak pergi makan je, janganlah pula bagi dia makan you. Menangis I nanti.” Sempat lagi Tuan Syed bergurau. Hawra sudah mencebik.

“Tuan Syed, janganlah panggil I dengan nama tu. Dah macam bunyi my dad pula. Tak suka lah.”

“Habis tu, dah memang betul itu nama you. You ingat tak perah otak ke your parents nak letak nama you? Dah jangan banyak cakap. Ajak Oshmar tu keluar lunch, ini peluang keemasan nak keluar dengan anak Tan Sri yang handsome tau.” Tuan Syed bersuara lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience