BAB 4

Romance Completed 1157

“Hawra, nak pergi mana?” Kak Zai bertanya sebaik sahaja melihat Oshmar dan Hawra berdiri menunggu lift.

“Keluar kejap.”

“Amboi, belum apa-apa dah rembat budak baru.”

“Biasalah.. Siapa tak kenal dengan Hawra Abd Jalil. Semua orang dia nak.” Hawra dan Kak Zai ketawa lepas. Oshmar hanya mampu tersenyum.

Dua tahun kemudian...

“Hawra, aku bosanlah kerja kat sini…”

“Kenapa?”

“Macam tu je, tak naik-naik?” Terletus tawa Hawra mendengar keluhan Oshmar yang sedang menikmati Maggi Kari sambil mereka menunggu hujan berhenti di dalam café tempat mereka bekerja.

“Kau nak naik macam mana, nak ganti tempat Tan Sri? Pegilah kerja dengan ayah kau. Tan Sri juga kan?”

“Kau ni tak fahamlah. Aku tak nak kerja dengan ayah aku. Aku nak berjaya sendiri.” Oshmar mencubit sedikit karipap yang baru dibelik Hawra.

“Kau ingat ayah kau tu berjaya sekelip mata je ke? Tak fahamlah aku dengan kau ni. Kalau aku jadi kau, dah lama aku kerja dengan ayah aku. Buat apa nak susah-susah kerja dengan orang. Lepas tu pandai pula merungut.”

“Siapa merungut?”

“Kaulah.” Oshmar memandang tepat ke arah anak mata Hawra. Cantik sungguh mata bundar itu.

“Dahlah. Aku nak balik. Kau nak hantar aku sampai LRT Station ke tak?” Hawra sedar dengan pandangan lembut yang diberikan oleh Oshmar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience