BAB 9

Romance Completed 19145

Aku tak boleh” kata Mira perlahan tetapi masih didengari oleh Ashraf.

Kata-kata itu menghiris-hiris hati Ashraf.

“kenapa tak boleh, kau tak suka aku ke?” tanya Ashraf dengan muka yang kecewa. Selama ini dia fikir yang Mira juga mencintainya kerana sinar mata Mira menujukkan sinar kebahagiaan tapi selama ini sangkaannya salah.

“Bukan aku tak sukakan kau..”

“Habis kenapa?”

“Tak lama lagi aku akan jadi ..tu..” Mira tidak dapat meneruskan kata-katanya. Air matanya bergenang, dengan situasi macam ni dia tidak dapat mengawal emosinya.

“ jadi tu..apa?” kata Ashraf tak sabar. Jangan kata jadi…

“Tunangan orang” Kata-kata itu mencucuk-cucuk hati Ashraf dan ianya semakin parah kerana baru tadi hatinya bagai dihiris-hiris.

“Allah!” ujar Ashraf perlahan sambil memegang dada kirinya. Dia tidak dapat menahan kesakitan yang dialaminya. Air mata lelakinya menitis dengan laju sambil menangis teresak-esak.

Mira yang melihat Ashraf juga tidak dapat menahan tangisannya. Mujur juga ketika ini orang sudah ramai yang balik, hanya tinggal mereka berdua.

“Ashraf, mungkin selepas ni hubungan kita tak akan seakrab dulu, aku minta maaf sangat, walaupun aku tak dapat sambut cinta kau tapi aku sayangkan kau sangat-sangat. Aku pergi dulu, Assalamualaikum” Kata Mira setelah tangisannya sudah mula reda dan terus menuju ke keretanya.

Ashraf hanya melihat Mira sehingga hilang dari pandangan. Dia termenung disitu, sehingga hari pun sudah menjadi semakin gelap. Sesekali air mata lelakinya bergenang semula.

Tiba-tiba datang seorang lelaki tua tapi kelihatan kacak dimatanya.

Lelaki tua itu menegurnya dan duduk disebelahnya.

“Cinta anak ni kena tolak ke?” kata lelaki tua itu dan walaupun tua lelaki ini nampak bergaya dan nampak kaya. Mungkin lelaki ini orang sini kot sebab disini memang kawasan perumahan orang yang berpangkat. Ashraf hanya berdiam diri sedari tadi.

“Walaupun anak tak jawab soalan pak cik, tapi pak cik tahu keaadan anak ni macam mana” lelaki itu melihat wajah Ashraf dengan belas kasihan.

“Kita harus redha andai cinta kita tak berbalas, mungkin ada hikmah disebalik itu, tapi andai jodoh anak dengan dia, pergi jauh mana sekali pun dia pergi, dia akan tetap kambali kepada anak, mungkin ini sudah suratan takdir, kita tak boleh menyalahkan takdir” lelaki itu berdiri dan belum sempat Ashraf nak membalas kata-kata lelaki itu, lelaki itu sudah menghilang, dia mencari-cari tetapi tidak ada.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi erangan dan suara seseorang minta tolong, bulu romanya meremang, waktu ni lagi sudah masuk maghrib, mungkin lelaki tadi…ahh, jangan fikir bukan-bukan tapi… baik aku lari dulu. Takut pula aku, Ya Allah lindungi aku daripada segala kejahatan. Dia pun berlari menuju keretanya dan terus pergi, lupa sebentar tentang masalah tadi.

Tak semana-mana kedengaran satu suara ditasik itu.

“Mana pula anak tadi ni, dia tak dengar ke aku minta tolong tadi, ee, macam mana lah aku boleh jatuh dalam longkang besar tadi ni! Issh sakit badan aku ni! Busuk pula tu, alahai nasib lah kau badan!” Lelaki tua tadi yang dianggap hantu oleh Ashraf it uterus menuju ke keretanya terletak dibelakang pos skuriti, siapa pun mungkin tidak perasan ada kereta disini. Lelaki itu pun terus balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience