BAB 4

Romance Completed 19145

“ Oi! Budak skema!”

Lelaki yang digelar sebagai budak skema itu terhenti apabila seseorang memanggilnya. Dia tahu sebab majority orang di kampus memanggilnya budak skema, kerana dia mempunyai ciri-ciri seorang budak skema.

“Oi, kau dengar tak budak skema, kau ni pekak ke apa?” ujar salah seorang daripada lima orang yang berada disitu. Mungkin, ketua dia kot, dia salah satu hot guy yang diminati oleh para gadis di kampus. Harap muka je handsome tapi perangai hampeh!

“Ya, saya dengar kata-kata awak dan saya tidak pekak, wahai encik yang berjaket Adidas” terkeluar ayat skema dari mulut si budak skema. Lelaki yang berjaket merah berasa marah kerana budak skema itu sudah pandai membalas kata-katanya.

“Sejak bila pula kau pandai melawan cakap aku ni, siapa yang ajar kau hah!” tengking lelaki itu. Budak skema itu hanya menundukkan wajahnya.

“Suka hati dia je, panggil aku macam tu, kau tahu tak aku ada nama,hah!

Kalau kau tak tahu, meh aku bagitahu kau, nama aku Tengku Zarief Aqeem bin Dato’ Tengku Aqram!” lelaki itu menyebut namanya dengan perlahan dan menekan suaranya pada perkataan Tengku dan Dato’. Puas hati Zarief melihat lelaki yang dihadapannya hanya diam menikus.

“Eh, budak skema, kau ada nama ke?” ujar Zarief bongkak dan ketawa sinis.

“Tapi kan aku rasa kau tak ada nama, haha” kata Zarief lagi dengan penuh sindiran. Dia hendak menghina lagi sibudak skema tapi ada satu suara yang lembut menghalang niatnya untuk meneruskan.

“Zarief!” laung si gadis yang disukainya.

“Eh, hai sayang, lama I tak jumpa you” Kata Zarief dengan suara yang penuh kelembutan bak lembut sutera. Suaranya tidak lagi sekasar tadi. Budak skema hanya mencebik dalam diam, dia hanya menunduk sedari tadi.

“Apa sayang-sayang, gelilah, aku ada nama lah, nama aku Mira bukan sayang!” jawab Mira sambil mendengus kasar. Eh, apa dia ingat aku ni sayang dia, sudahlah playboy, aku rasa semua perempuan dipanggilnya sayang geli aku!

“Awak tak apa-apa ke?” tanya Mira kepada lelaki yang ditengking oleh Zarief tadi. Dia rasa kasihan kepada lelaki itu kerana ditengking oleh Zarief. Dia yang sedari tadi menonton mereka, terus menerpa kearah Zarief. Lelaki yang ditengking tadi itu hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Eh, Zarief, kau ni tak ada hati perut ke hah! Tengking-tengking orang, tak puas ke membuli orang, menghina orang, ingat kau ni sempurna sangat ke?!” Gadis itu merenung mata Zarief tajam. Ingat dia tak tahu perangai dia yang tak semenggah tu, orang lain bolehlah dia tipu, tapi jangan Tengku Mira Edora, walaupun Zarief itu sepupu dia, dia tak teragak-agak untuk memarahi lelaki berlagak itu.

Zarief lagi tadi hanya mencebik dan mencerlung matanya keatas. Dia lebih pilih si budak skema ni daripada dia yang kacak?, mungkin penglihatan Mira, tak seberapa kot. Dia dari dulu lagi suka Mira tapi asal dia confess, setiap itu juga ditolak, Tapi tak ada lagi perempuan yang lebih cantik yang nak aku lah.

“Mari kita ke kerusi sana tu, jangan dilayan sangat perangai si Zarief tu!” Zarief yang sedari tadi memerhati wajah Mira terus tersedar. Zarief hanya memerhati Mira dan budak skema tu sehingga hilang dari pandangan. Dia rasa seperti mereka akan ada hubungan istimewa nanti. Hmm… ada aku
kesah, kau ada hubungan ke tak ke, suka hati kau lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience