BAB 11

Romance Completed 19145

Besok dia sudah nak jadi istri orang, walaupun dia tidak suka akan pernikahan ini, dia harus menerimanya dengan redha dan menolong apa yang sepatutnya. Tiba-tiba pintunya diketuk dan dibuka oleh seseorang yang disayanginya.

“Umi..”

“Tak lama lagi , anak umi nak jadi istri orang, umi jadi sedih lah pula, tak ada lagi Mira nak bermanja-manja dengan umi, nanti Mira nak bermanja-manja dengan suami je!” ujar Tengku Azlina sambil menatap muka anak kesayangannya.

“Alah, umi walaupun, Mira dah jadi istri orang, Mira tetap nak bermanja-manja dengan umi, Umi tetap teratas dalam carta hati Mira selepas Allah dan Rasul. Umi boleh Mira tidur dengan umi malam ni, selepas ni Mira dah jadi istri orang, boleh ye umi?” minta Mira dengan muka comelnya.

“yalah! Lepas ni dah nak jadi istri orang, mesti taat pada suami, layan suami baik-baik, jangan membantah kata suami kecuali yang dilarang oleh agama, Ya Allah, dah besar dah anak umi, macam baru je semalam Mira belajar nak berjalan, cepat betul masa berlalu” ujar Tengku Azlina dengan air mata yang bergenang dimatanya.

“Dah, jom kita tidur, tak terbangun pula besok, ok Mira, Ha! Sebelum tu Mira betul-betul tak nak tahu ke nama bakal suami Mira? Nama dia A..” belum sempat Tengku Azlina menyebut nama lelaki itu Mira sudah memotong.

“eh, tak payah lah umi, besok Mira tahu juga!”

“yalah, hah, tidur tu jangan lupa baca doa!” pesan Umi sebelum dia melelapkan matanya.

Dari tadi Mira belum dapat melelepkan matanya kerana kata-kata Ashraf seminggu yang lalu.

“Mira!” laung Ashraf. Ketika itu mereka berada dikampus. Dia yang sedang berjalan menuju ke keretanya terhenti kerana laungan itu, dia kenal sangat dengan suara yang sangat dirinduinya itu. Sudah lama mereka tidak bercakap selepas peristiwa dia menolak cinta Ashraf. Mira menoleh.

“Mira, aku nak jemput kau pada hari nikah aku, minggu hadapan hari ahad, pagi, dirumah bakal istri aku” kata Ashraf sambil menyuakan kad undangan. Sebenarnya Ashraf juga menahan dirinya untuk memeluk Mira kerana dia amat merinduinya. Mira hanya memerhati kad udanngan itu.

“Maaf, kerana aku tak dapat terima dan tak akan dapat datang kerana hari aku nikah juga pada minggu hadapan hari ahad, pagi” ujar Mira dengan selamba walaupun perasaannya ketika itu tidak sama dengan emosinya ketika itu.

“ooh, tak mengapalah aku pergi dulu” Ashraf menurunkan tangannya dan sedaya upaya menahan emosinya supaya tidak nampak kecewa. Dia berharap sekurang-kurangnya Mira datang pada hari dia nikah.

“Mira belum tidur lagi” kata-kata uminya menyedarkan dia daripada mengingati kejadian itu.

“Ha, belum lagi, kejap lagi lah umi”

“jangan lambat sangat tau”

“ye, umi” jawab Mira sambil memeluk uminya. Mudah-mudahan besok semuanya berjalan dengan lancar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience