BAB 14

Romance Completed 19145

“Eh, macam mana boleh papa kat tasik hari tu?” tanya Mira hairan.

“Macam ni, papa ada cerita kata bang tadi, masa dia nak balik petang tu dia nampak kereta Mira, jadi dia nak cari Mira, papa letak kereta jauh sikit dari kereta Mira, pastu papa nampak kita, dia dengar semuanya, masa abang cakap abang sangat cintakan sayang, papa kata, papa terkejut masa tu sebab Mira tolak sebab bakal tunang tu, /then/ tiba-tiba umi telefon papa pasal tunang tu, umi cakap nak tak tengok gambar bakal menantu kita, lepastu papa cakap send lah gambar tu.

Lepas gambar tu sampai, papa terkejut sangat sebab muka abang sama macam muka bakal menantu dia, anak dia tak tahu pun, tak lama lepas tu papa datang bagi nasihat kat abang, lepas abang tahu lelaki itu bakal mentua abang, abang pusing kebelakang perlahan-lahan, masa tu Mira tengah lihat kawan abang, abang masa tu terkejut sangat, rasa nak menangis ada juga, kalau jodoh takkan kemana, ye tak? Dan satu lagi abang sangat terkejut yang Mira ni anak Tengku” kata Ashraf r sambil mencuit hidung Mira. Mira hanya diam dan menunduk.

“Betapa bijaknya perancangan Allah kan sayang?” Mira hanya meangguk kepalanya.

“Sayang, dengar sini, walaupun sayang belum cintakan abang, abang akan tunggu, yang penting abang cintakan sayang dari awal pertemuan kita lagi, dan semakin hari abang semakin cintakan sayang tak pernah berkurang.” Ujar Ashraf Hafreez sambil merenung mata bundar milik Mira.

“Abang…” Kata Mira kepada Ashraf dengan penuh menggoda. Dia pun tak tahu ketika ini mana pergi perasaan malunya kepada Ashraf. Ashraf sudah menelan air liur.

“Sayang ni nak goda abang ke apa? dengan pakai seksi macam ni lagi, sayang tak tahu malu juga eh!” Usik Ashraf, sengaja dia mengusik Mira kerana dadanya bagai nak pecah .

Tiba-Tiba Mira merangkul lehernya dan mukanya semakin hampir dan hamper dengan muka Ashraf, dia juga duduk di riba Ashraf. Ya Allah, kenapa dengan Mira ni, aku ni lelaki juga mempunyai nafsu yang satu itu, apatah lagi dengan yang halal.

“Abang, Mira cintakan abang dari pertemuan pertama hinggalah sekarang, I love you!” Kata-kata itu membahagiakan Ashraf. Dia tahu tekaannya tak akan salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience