BAB 8

Romance Completed 19145

“Mira, macam mana dengan pinangan tu? Mira terima tak?” Mira yang tengah menonton televisyen berpaling kearah mamanya. Sebenarnya dia banyak berfikir tentang perasaannya terhadap Ashraf, dia tahu dia sudah mula mencintai Ashraf. Dia sudah membuat solat istikharah dan semalam dia sudah pun mendapat jawapannya. Semalam, dia bermimpi dia memakai cincin yang diberi oleh kawan uminya. Ini bermaksud aku harus terima pinangan itu. Dia redha andai inilah yang terbaik untuknya kerana perancangan Allah adalah lebih baik daripada perancangan manusia.

“Umi..” Mira menarik nafas sebelum memberi jawapan. Okey, Bismillah…

“Mira terima dengan hati yang terbuka” Dia harus korbankan cintanya terhadap Ashraf untuk membahagiakan semua orang.

“Alhamdulillah! Terima kasih ya, Mira, tak sabar umi nak bagitau kawan umi, umi nak telefon dia kejap” ucap Tengku Azlina dengan muka yang gembira dan terus menuju kebiliknya untuk menelefon kawannya.

Apabila Mira nak duduk di sofa, telefonnya berbunyi yang menunjukkan ada gerangan orang yang berhantar mesej kepadanya. Dia pun memebuka mesej tersebut.

/Assalamualaikum Mira, blh kita jmpa kjp kt tmpt biasa ada ssuatu yg aku nk ckp, and this is IMPORTANT! /

/~ Reez ~/

Ianya mesej daripada sahabat baiknya, apa yang penting sangat?

Pakai/caps lock /pula tu! Jarang dia macam ni…. Dia pun membalasnya dengan kata setuju.

Dia pun terus menuju kebiliknya untuk bersiap dan memberitahu uminya yang dia nak keluar sekejap berjumpa kawannya.

Setelah lima belas minit perjalanan, dia pun sampai di Tasik tempat yang mereka selalu lepak. Dia mencari susuk tubuh Ashraf dan tidak lama kemudian dia nampak Ashraf duduk dibangku berhampiran dengan tasik. Ramai yang melihat-lihat Ashraf terutama sekali para gadis mungkin kerana kekacakan yang dimiliki oleh Ashraf. Selama ini sebelum Ashraf mengubah penampilan seorang pun tidak memandangnya, ada lah juga yang memandangnya tetapi pandangan itu penuh dengan sinis. Dia pun menghampiri Ashraf dan duduk disebelah Ashraf dengan jarak yang agak jauh, seorang lagi dapat duduk diantara mereka.

“Assalamualaikum Reez, apa yang penting sangat tu?” tanya Mira setelah dia duduk. Dia melihat gadis-gadis tadi melihat kearah mereka berdua, mungkin mereka kata bertuahnya perempuan tu dapat teman lelaki yang tampan macam tu.

Ashraf hanya menjawab salam Mira dengan perlahan tetapi selepas itu dia berdiam diri. Mira yang menunggu kata-kata Ashraf hanya berdiam diri melihat Ashraf r.

Setelah sepuluh minit berdiam diri Ashraf menoleh kearah Mira.

“Mira…” kata Ashraf perlahan, walaupun perlahan Mira dapat mendengarnya.

Mira yang tadinya memandang tasik kini beralih menghadap Ashraf.

“Mungkin apa yang aku cakapkan ni akan mengubah persepsi kau terhadap aku, tapi aku harap lepas ni kita tetap akan jadi sahabat” dia menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya. Mira yang mendengar hanya diam memerhati Ashraf.

“Aku…Aku..Aku cintakan kau Mira!” kata-kata itu bagaikan kilat yang memetirkan jantung Mira. Kenapa sekarang kau bagitau aku, kenapa tak dulu sebelum aku terima pinangan kawan umi aku?! Tapi kata-kata itu hanya bergema dihatinya.

“Mira, aku tahu mungkin… kau fikir aku bergurau tapi ini benar, aku cintakan kau Mira!”’ aku pun cintakan kau!’ jerit Mira dalam hati.

“Mira, cakaplah sesuatu Mira, jangan diam macam ni!” rintih Ashraf dengan muka yang muka yang penuh pengharapan.

“Aku tak boleh” kata Mira perlahan tetapi masih didengari oleh Ashraf.

Kata-kata itu menghiris-hiris hati Ashraf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience