BAB 3

Romance Completed 19145

“Assalamualaikum umi” kedengaran suara lembut seseorang memberi salam.

“Waalaikumussalam, anak umi dah balik, jumpa tak buku tu?” Tanya Tengku Azlina selepas bersalaman dengan anaknya.

“Tak jumpa lah Umi, puas Mira cari, by the way, mana papa?” soal Mira.

“Mungkin bukan rezeki Mira, hah, papa tu bukan nak berehat asyik sibuk dengan kerjanya aje, abang kamu yang sorang tu pun sama, asyik kerja aje, bilalah umi dapat menantu macam ni?” keluh ibu Mira.

Anaknya yang sulung memang kuat kerja, lepas balik dari United Kingdom 2 tahun lepas, anak lelakinya, Tengku Muhammad Azlee terus bekerja, katanya tak ada lagi masa nak berfoya-foya, nak berehat, kalau bukan Az, siapa lagi nak tolong papa? Mira? Mira masih belajar lagi, lagi pun dia bukan ambil bussines,dia ambil law, inilah masanya nak tolong papa, kalau tidak bila lagi?. Itulah kata-kata anaknya yang sering berfikiran terbuka. Nasib baiklah anaknya tidak mengalami culture shock, yang akan membuatkan dia lalai. Dia masih menunaikan sembahyang 5 waktu, kadang-kadang dia tersentuh mendengar doa anaknya yang sentiasa mendoakan keluarga dan sahabat-sahabatnya.

“Bapak borek, anak rintik” lamunan Tengku Azlina terhenti apabila suara lembut Mira menyapa telinga.

“Apa Mira cakap?”

“Umi mengelamun ke tadi. Mira cakap, like father, like son atau dalam kata erti lainnya bapa borek, anak rintik” kata Mira sambil membuat mimik muka seperti pensyarah handalan. Tengku Azlina hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Hah, yang kamu ni pun satu, bila nak bawakan Umi calon menantu?” Tanya Umi Mira dengan kening yang terangkat sebelah.

Ya Allah, Umi ni, asal aku balik mesti dia tak lupa tanya soalan tu, macam mana ni, apa alasan aku nak beri, last umi tanya hari tu, aku lepaskan diri cakap aku sakit perut, kali nak cakap apa pula?

“Hah, cari lagi alasan, cari lagi..umi tunggu, apa kata Mira lari, hah, larilah kenapa tak lari? Bukan Mira nak lepaskan diri..” tanya umi dengan muka yang serius. Mira yang melihat muka uminya sudah kecut
perut, tak pernah uminya serius ini sebelum ini.

“Umi…bukan Mira nak…” belum sempat Mira membalas uminya pantas mencelah.

“tak ada lah, umi gurau je..” Muka umi tidak lagi kelihatan serius dan tegang seperti tadi yang ada hanya senyuman manis yang menghiasi wajah umi.

“Sebenarnya Umi ada nak bagitahu Mira sesuatu yang akan mengubah masa depan anak umi”

“apa dia umi?” peliknya umi ni, lain macam je bunyinya. Jantung Mira sudah berdegup laju.

“Ada yang meminang Mira” ujar Tengku Azlina dengan tenang. Mira yang mendengar terus kaku, jantungnya bagai tercabut daripada tempatnya.

“Umi takkan paksa, Mira buatlah solat Istikharah, kalau boleh Mira keputusan yang menggembirakan semua orang. Kalau Mira nak kenal dengan lelaki tu beritahu umi, okey, umi nak siapkan makan malam dulu” Tengku Azlina beredar setelah melihat anaknya bagai patung cendana, biarlah Mira tenangkan diri dulu.

Ada orang meminang aku? Aku tak sangka perkara ini akan terjadi, memang cita-cita aku nak bercinta selepas kahwin, tapi …uhhh, baik aku minta petunjuk daripada Allah patutkah aku menerima lamaran orang yang tidak dikenalinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience