BAB 10

Romance Completed 19145

Sejak peristiwa itu mereka mengelak diri masing-masing untuk bertembung.

Jika bertembung mereka pura-pura tidak kenal satu sama lain.

“Tika, /handsome/nya budak tu, budak baru ke?” Mira terdengar seseorang berkata kepada kawannya sambil menunjuk Ashraf r. Dia tahu sejak Ashraf mengubah penampilannya, Ashraf kini menjadi tumpuan para gadis dan yang paling sakit hati, Ashraf ni melayan pula! Oi Mira kaucemburu ke? Mmm, memang pun cemburu tapi nak buat macam mana dia pula sudah sah jadi tunangan orang lima hari yang lalu. Tak lama lagi nak jadi istri orang, kerana umi dan pihak pengantin lelaki hanya memberi tempoh sebulan sebelum nikah.

“Oi, kau tak tau ke, buat-buat tak tau? Itulah Ashraf yang kau hina dulu, kerana dia terlanggar kau, padahal kau yang langgar dia, pastu kau hina pula tu.” Kata perempuan yang duduk disebelah perempuan yang memuji Ashraf tadi, mungkin namanya Tika.

“Betul ke?” kata perempuan itu dengan nada yang terkejut.

“Mesti kau terkejutkan, aku pun masa mula-mula aku tau pun terkejut juga, dan paling aku tak sangka-sangka, dia tu sebenarnya anak Dato’ tau!” kata-kata perempuan yang bernama Tika itu mengejutkan Mira, dia tak tahu pun yang Ashraf tu anak Dato’ tapi dia pun sama juga tak bagitahu shraf yang dia juga anak Dato’ berpangkat Tengku lagi, dia memang tak suka menunjuk-nunjukkan yang dia anak Tengku dan Dato’ kerana memang dari kecil lagi dia sudak sudah diajar untuk tidak menunjuk-nunjuk. Apa ada pada pangkat? Berpangkat ke tak berpangkat ke, semua nya sama dipandangan Allah, kecuali dari segi ketaqwaan seseorang itu menunjukkan pangkat disisi Allah.

“Handsomenya!” Dimana-mana dia dengar perkataan itu, setiap kali Ashraf lalu. Meluat dia dengar. Gedik! Daripada dia menahan rasa cemburu, lebih baik dia lari dulu sebelum dia meletop melihat perangai orang disitu. Dia hanya mencebik, jika dia mendengar perkataan itu. Tanpa dia sedari perlakuannya itu dilihat oleh Ashraf.

‘Mira aku tau kau cintakan aku juga, kalau tak kau tak kan mencebik macam tu kan? Aku saja je buat kau cemburu, haha’ monolog Ashraf dalam hati walaupun kata-kata itu hanya untuk menyedapkan hatinya yang kini kian hancur melihat hubungannya dengan Mira. Mana mungkin dia rampas Mira dari tunangnya sedangkan dirinya juga sudah bertunang. Setelah Mira menolak cintanya, dia terus memberitahu mamanya yang dia setuju untuk menikahi perempuan yang mamanya pinangkan untuknya tu.

Dia lansung tak tahu nama perempuan itu siapa malahan masa pertunangannya sendiri dia tidak hadir, kerana pada hari itu juga ialah hari pertunagan Mira.Dia tidak mahu tahu siapa bakal isterinya sehingga akad nikah dilafazkan. Mira menjemputnya ke Majlis pertunangannya, tetapi dia tidak datang, dia begitu kecewa sehingga dia sendiri pun tidak datang majlis pertunangannya. Alangkah indahnya jika dia berada di posisi tunang Mira, mungkin dialah insan paling bahagia didunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience