BAB 7

Romance Completed 19145

“Reez, oh, Reez!” laung Datin Fariha.

“Ya, ada apa ma?” Reez yang berada diruang tamu, mengalihkankan pandangannya kearah mamanya.

“Mama ada nak bincang dengan kamu kejap, masuk bilik bacaan” arah Datin Fariha dan terus menuju ke bilik bacaan begitu juga dengan Ashraf Hafreez.

“Apa mama nak bincang ni macam serius je?”

“Mama nak tanya sikit, kamu dah ada teman wanita ke?”

“Tak delah ma, siapalah yang nak Reez ni, seorang skema je!” jawab Ashraf dengan muka yang sedih. Kenapa pula mama tanya ni? Jangan cakap..

“Apanya yang skema? Hah, lupa pula mama nak tanya, sejak bila pula kamu berubah macam ni, tapi tak mengapa mama suka, sebenarnya mama dah pinangkan kamu dengan anak kawan mama!” Hah! kan dah cakap, mesti pasal kahwin ni. Datin Fariha tersenyum lega kerana anak terunanya belum mempunyai teman wanita. Dia sangat berkenan dengan anak sahabatnya itu, manis, sopan santun, cantik pulak tu, yalah semua ciri-ciri idaman seorang lelaki.

“Ma, kenapa mama tak bincang hal ni dengan Reez, mama tau kan Reez nak cari sendiri calon istri Reez, Reez tak nak perempuan tu nak Reez sebab harta Reez” Lagi pun Reez dah suka seseorang ma, tapi kata-kata itu hanya terluah dalam hati Reez.

“Reez tolonglah ikutlah permintaan mama eh, mama merayu sangat, lagipun perempuan itu tak tahu yang kita ni orang terhormat, gambar Reez pun mama tak bagi kecuali uminya, mama berkenan sangat dengan budak tu, boleh eh..Reez?” Datin Fariha berharap benar supaya anaknya setuju.

“Mama bagi Reez masa eh?” Ashra tidak mahu mengecewakan mamanya tapi haruskah dia berkorban untuk meninggalkan cintanya?

“ok, mama beri masa 3 hari, Reez fikir- betul-betul, kalau Reez nak lihat gambar perempuan tu, Reez beritahu mama, ok sayang?”

“ok ma”

“ok lah kalau macam tu, mama keluar dulu and again think about it Reez” Datin Fariha terus keluar dari bilik bacaan setelah megucapkan kata-kata itu.

‘Patutkah aku menerimanya? Atau aku patut Confess kat si dia’ monolog Ashraf sambil mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience