Chapter 10

Romance Completed 8603

BAB 10

“Tidak. ‘Pengembaraan’ kita baru saja bermula.Gurau ku. Tiba-tiba lengan ku terasa pedih. Rani mencubit lenganku. Mungkin geram dengan seloroh ku. Mukanya masam. Aku ketawa melihat wajahnya itu. Sebelum aku menaiki bas, Rani sempat berbisik sesuatu.

“Ranggi, tiada sesuatu yang berharga dalam hidup ini melainkan mendapat seorang sahabat sejati. Aku benar-benar bersyukur kerana Tuhan mengurniakan kau sebagai anugerahNYA kepada ku.” Bisik Rani.

Bas bergerak perlahan-lahan meninggalkan Hentian Puduraya. Aku memandang ke luar tingkap bas. Rani melambai-lambaikan tangannya. Aku membalas lambaiannya. Ada garis-garis duka diwajahnya.

Setitis dua airmatanya tumpah membasahi pipinya. Dan wajahnya Rani kian menghilang setelah bas mulai meninggalkan Puduraya. Aku terharu dengan Rani. mungkin jua aku terharu dengan keikhlasan hatinya yang tidak pernah ku cuba untuk fahami. Mungkin jua terharu kerana ini merupakan pertemuan kali akhir sebagai sahabat.

Mustahil buat aku untuk bertemu Rani lagi. Aku bertambah terharu bila mengenangkan ‘kebodohan’ yang aku cipta sendiri. Bodoh kerana cuba menagih cinta dari seorang perempuan yang hatinya mustahil untuk dimiliki. Sedangkan dia benar-benar ikhlas dan setia dalam persahabatan. Aku segera bersandar. Merehatkan badan yang di serang keletihan. Memejamkan mata.,seraya berdoa di dalam hati

“Ya Allah, Kau berkati dan rahmatilah persahabatan kami ini. Jadikanlah persahabatan ini kekal sehingga hari kami menghembuskan nafas akhir kelak. Amin. Bas meluncur laju meninggalkan Kuala Lumpur. Kata orang persahabatan dan cinta itu adalah dua perkara yang berbeza dalam kehidupan ini.

Kedua-duanya sama penting dalam hidup ini. Hidup tidak akan sempurna tanpanya. Entah! Bagi aku, kedua-duanya adalah sama. Nilainya punyai pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia. Apa pun, aku mengerti bahawa cinta bukan mudah untuk dipaksa. Persahabatan pula akan berkembang mekar andainya sentiasa bersifat tulus, ikhlas dan jujur. Aku terlena di dalam bas yang meluncur laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience