Chapter 1

Romance Completed 8602

BAB 1

Entah kenapa sejak dua menjak ni asik hujan sahaja. Dengan awan hitam meliputi seluruh langit Ibu Kota ini. Sekaligus membuatkan mood aku hilang. Hujan renyai – renyai sepanjang jalan menuju Kuala Lumpur membuatkan aku kurang selesa. Titis –titis hujan memenuhi segenap cermin bas. Membentuk seakan-akan manik-manik kecil yang cantik. Aku pula semakin kesejukan di dalam perut bas. Kesejukan yang semakin mencengkam ke tulang. Mungkin kerana cuaca di luar yang semakin dingin.

Di tambah pula dengan penghawa dingin yang sengaja di pasang dengan kuat menyebabkan aku menjadi kaku. Perjalanan yang memakan masa selama 3jam ini benar-benar membuatkan aku letih. Letih mengharungi perjalanan yang panjang.mujur, aku membawa novel kegemaranku “ Salina” bersama. Aku isikan masa dengan membaca novel. Penumpang tidak begitu ramai. Ini membuatkan aku aman dan selesa untuk membaca. Kebanyakan penumpang lelap.

Mungkin terlena kerana kedinginan cuaca di luar. Ataupun kedinginan Penghawa Dingin. Aku meneruskan pembacaan. Bas meluncur laju menuju ke destinasi. Tanpa di sedari, bas telah pun memasuki Bandaraya Kuala Lumpur. Bergerak menuju ke Hentian Puduraya. Bas bergerak perlahan memasuki hentian Puduraya. Sebaik sahaja bas berhenti,aku bergerak menyusuri penumpang-penumpang lain untuk keluar. Hujan masih lagi renyai.

Aku bergegas meninggalkan Puduraya menuju ke McDonalds yang terletak kira-kira 100 meter dari puduraya. Aku mempercepatkan langkahan. Aku bimbang pakaian akan basah kuyup. Pelanggan tidak begitu ramai ketika aku sampai. Mungkin hujan yang melanda Kuala Lumpur menyebabkan para penghuninya kurang berminat untuk keluar melakukan aktiviti rutin. Mungkin senang duduk di rumah menonton T.V. atau pun keluar menonton wayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience