Chapter 7

Romance Completed 8602

BAB 7

“ Ada yang lebih besar dari itu yang ingin aku bicarakan”. Ujar Rani. Aku Cuma mendiamkan diri ketika ini.

“Aku tahu, kau masih ada perasaan pada ku bukan?”. Rani segera mengalihkan pandangannya pada ku. Aku tersentak dengan pertanyaan yang tidak di duga itu.

“Bertepuk sebelah tangan tidak mungkin akan berbunyi. Aku cuma berharap pada yang tidak pasti. Aku sedar hal itu.” Aku membalas kata-kata Rani.

“Kalau kau sedar, kenapa masih berharap lagi?”. Pertanyaan Rani makin menyempitkan perasaan ku ketika ini.

“Aku percaya bahawa pasti ada keajaiban di suatu hari nanti. Tuhan pasti akan menolong aku”. Ujar ku penuh keyakinan. Rani hampir menangis mendengar pernyataan itu. Aku tahu dia terlalu kecewa dengan pernyataan tersebut. Dia terdiam. Kehilangan kata-kata.

“Aku cuma anggap kau sebagai teman baik ku sahaja. Tidak lebih dari itu. Dan itu yang pernah aku katakan dulu. Hakikatnya tidak pernah berubah”. Ada kesayuan dalam nada suaranya. Aku mendengarnya dengan tenang.

“Maaf…Aku terpaksa melukakan hati kau kali ini. Hati ini bukan milik kau. Harap kau memahaminya.” Rani menyambung kata-katanya. Membuatkan aku bertambah duka. Hati kecil ku kini menangis mendengar pernyataan Rani. Aku cuba menguatkan perasaan yang semakin sayu.

“ Tidak mengapa, aku faham. Itu kata hati kau. Aku doakan yang terbaik buat kau.”. Aku melemparkan senyuman pada Rani. Sambil memujuk hati menerima rasa kecewa yang makin berombak-ombak di jiwa.

“ Terima kasih. Aku sentiasa berharap kau akan berjumpa dengan seorang wanita idaman kau. Suatu hari nanti.” Rani tersenyum riang.

“ Aku benar-benar berharap agar kau dapat lupakan aku. Kita lebih sesuai untuk menjadi teman. Itu harapan ku.” Ujar Rani dengan penuh pengharapan. Aku diam membisu. Saat ini tiada apa ungkapan yang dapat aku lafazkan. Rasa pilu dan kecewa memenuhi segenap jiwa.

“ Kau pernah dengar cerita Pungguk rindukan bulan?”. Aku menyoal Rani. Segera ku tanyakan soalan itu pada Rani. Rani kelihatan tertawa. Dia segera mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Pernah. Ranggi, kisah Pungguk itu cuma dongengan. Hanya cerita karut yang dibuat-buat. Mana mungkin Pungguk memiliki si Bulan yang jauh tinggi di awan. Jangan kata bahawa kau percaya cerita sebegitu”. Perli Rani padaku. Aku tersenyum dengan kata-kata Rani.

“Cerita itu cuma punya makna tersirat. Cerita yang punyai kiasan. Kisah seseorang lelaki yang setia menanti wanita yang disayanginya kembali. Kembali menerima cintanya, walaupun dia sedar dia tidak mungkin memiliki hati wanita itu. Bukan cuma cerita karut semata-mata. Cerita tentang kesetiaan dan cinta suci seorang lelaki. Dongeng yang indah bukan?”. Ujar ku. Wajah Rani berubah dengan tiba-tiba. Masam. Sindirannya tadi berpatah kembali.terkena diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience