Chapter 2

Romance Completed 8603

BAB 2

Kereta berderetan sambil berjalan perlahan. Ibarat semut-semut kecil beratur dengan kemas jika dilihat dari sudut atas. Hanya bayanganku sahaja.Aku memerhatikan kesibukan kota dari dalam. Hari semakin petang. Lampu-lampu neon mula bemergelapan di sekitar kota raya. Kuala Lumpur mula bermandi cahaya. Jam menghampiri 6.45 petang. Pelanggan mula memenuhi segenap pelusuk Restoran segera. Aku masih lagi menantikan kehadiran seseorang.seseorang yang pernah mewarnai hati ini. Seseorang yang pernah menjadi teman dalam mimpi ku. Kerana dia, aku ke kota metropolis ini.. Aku mulai gentar. Jantung mulai berdegup laju. Bimbang mungkin. Bagaimana pandangannya terhadap ku nanti?

Inilah pertemuan kali pertama kami setelah 3 tahun tidak bersua semenjak menamatkan pengajian di Universiti dulu. Dan kepalaku ligat berputar memikirkan persoalan dan tanggapan yang bakal timbul dalam pertemuan kali ini. Adakah dia seperti dulu? Sama seperti yang aku kenali dari segi fiil dan sikapnya. Dan segalanya semacam payah untuk difikirkan. Aku membiarkan segala persoalan dan tanggapan yang buruk-buruk itu berlalu pergi. Pergi bersama angin senja yang kian menghambat waktu.

Penantian sememangnya menyakitkan. Aku cuba untuk bersabar semampu yang mungkin. Hati mulai dipaut rasa resah. Mungkinkah pertemuan yang di rancangkan tidak menjadi kenyataan? Aku buangkan segala andaian jauh-jauh. Berfikir secara positif dan logik adalah yang terbaik ketika waktu-waktu begini. Tiba-tiba sahaja telefon bimbit ku berbunyi mematikan lamunan yang sedang memuncak. SMS darinya.

"Jangan marah ya. Aku lewat sikit sebab ada hal .Dalam jam 8.00, aku sampai”. Rani.

Ringkas dan penuh dengan simbolik. Aku menggeleng-geleng kan kepala. Tanda kecewa. Aku cuba untuk menahan rasa kecewa yang kian menebal. Aku mengingati kembali isi SMS yang di hantar pada ku minggu lepas.

Rani beria-ia meminta aku untuk datang menemuinya di Kuala Lumpur bertemu di Restoran segera berdekatan.. Katanya ada ‘perkara besar’ yang ingin di bicarakan. Dan hari ini adalah harinya. Aku tidak ingin memikirkan ‘perkara besar’ yang ingin di sampaikan nanti. Cuma aku kian kecewa dengan sikap Rani. Jam menunjukkan 7.30 petang. Aku segera keluar bergegas ke Puduraya mencari surau. Melaksanakan perintahNYA, tunduk mengagungkan kebesaran dan kehebatanNYA. Aku terasa tenang dan damai jauh di pelusuk hati. Aku benar-benar merasai nikmatNYA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience