Chapter 6

Romance Completed 8603

BAB 6

Angin dari laut terus menerus bertiup lembut di pantai ini. Pantai ini mungkin memberi harapan kepada para penduduknya yang rata-ratanya adalah nelayan. Harapan dalam segala bentuk. Harapan untuk memajukan kehidupan mereka yang serba daif. Harapan agar generasi selepas mereka dapat menyambung perjuangan mereka dalam mencari rezeki di pantai ini.

Harapan kepada masyarakat agar menghargai keindahan pantai ini dengan sebaik mungkin. Aku berfikir sendirian. Kerana itu jugalah pantai ini dinamakan Pantai Harapan. Mungkin juga. Siapa tahu. Rani kelihatan leka bermain di gigi air. Lakunya itu membuatkan aku ketawa kecil. Masih lagi keanak-anakkan. Tidak sepadan dengan usianya yang semakin matang. Aku bersantai di dada pasir,tidak jauh dari tempat Rani bermain.

Aku segera mendekatinya. Rembulan yang tadi pucat di balik awan, kini bersinar megah menemani malam yang kian tua.

“ Ada masanya kita perlu menjadi keanak-anakkan dalam sesuatu hal. Barulah hidup ini akan lebih bererti”. Ujar Rani setelah menyedari kehadiran ku. Mungkin juga dia dapat membaca apa yang terlintas di hatiku tentang dirinya itu. Aku tersenyum dengan kata-katanya.

Aku berjalan menyusuri sepanjang pantai.beriringan dengan Rani. Dia kelihatan ceria sekali bercerita tentang kenangan semasa di Universiti dulu. Sesekali aku menyampuk percakapannya. Membuatkan rembulan makin tersenyum di balik awan. Setelah penat menyusuri pantai,kami berehat di dada pasir. Ketika ini aku bertanya kepada Rani.

“Jadi apa perkara besar yang ingin kau beritahu padaku?”. Rani menghalakan pandangannya pada ku. Lama dia terdiam.

“Aku akan bertunang hujung minggu depan”. Tutur Rani. Aku tersentap dengan kata-kata Rani. Tapi aku cuba menenangkan perasaan. Berpura-pura tidak ada apa yang terjadi.

“Cuma itu saja? Tidaklah besar sangat. Aku gembira mendengarkannya”. Aku tersenyum. Aku tidak tahu mengapa aku tiba-tiba tersenyum mendengarkan berita itu, sedangkan hati benar-benar terluka dengan perkhabaran tersebut. Buat seketika aku tertunduk lesu. Memejamkan mata. Memaksa diri menerima hakikat bahawa penantian selama ini adalah sia-sia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience