Chapter 5

Romance Completed 8603

BAB 5

Bayu laut yang menghembus terasa dingin. Aku terpegun melihat keindahan pantai di malam hari. Cahaya dari perahu-perahu kecil milik nelayan berkelip-kelip. Seperti kunang-kunang yang menari-nari di dalam hutan. Aku menikmati keindahan ciptaanNYA dengan rasa syukur dan takjub. Pandangan ku beralih kepada Rani yang berada di sebelah. Ternyata dia juga menikmati keindahan sama seperti mana aku menikmatinya.

“ Hidup ini tidak semudah yang kita sangkakan, betul?”. Rani membuka bicaranya. Sambil itu matanya tidak lepas-lepas memandang ke arah tongkang-togkang kecil di tengah laut. Bicara Rani membuatkan aku tersentak dari lamunan. Aku segera berminat dengan persoalannya.

“ Itulah kehidupan. Tiada apa yang mudah dalam kehidupan. Hidup ini adalah pertembungan antara realiti dan fantasi. Dan selalunya realiti sentiasa melingkari hidup lebih dari fantasi,walaupun ada kalanya fantasi itu indah untuk difikirkan,” aku menjawab dengan tenang. Jawapan yang tidak disangka-sangka itu segera menyentap Rani. Dia berpaling kearah aku. Tersenyum.

“ Sejak bila pula kau pandai berkata-kata tentang kehidupan ni?”. Rani melahirkan rasa kurang senang dengan jawapan aku tadi.

“Itu bukan kata-kata biasa. Tapi hakikat kehidupan yang mesti di tempuhi oleh setiap manusia,” ujar ku. Rani terdiam dengan kata-kata tersebut. Riak wajahnya seolah-olah mengakui kebenaran kata-kata yang terbit dari bibirku sendiri.

“Kau lihat di sana; tanganku segera menuding ke arah tongkang-tongkang nelayan yang sibuk mencari rezeki di dalam kepekatan malam.

“Mereka juga punyai impian untuk hidup dalam kesenangan. Impian yang serupa seperti orang lain”. Aku berhenti.seraya memandang Rani. Rani kelihatan memberi perhatian pada hujah ku. Dia agak terganggu dengan pandangan ku.

“Teruskan kata-kata kau tu. Aku hairan kenapa kau bersikap skeptikal malam ni?. Kau bukan seperti Ranggi yang aku kenal selama ni” Ujar Rani. Dia agak hairan dengan sikap ku itu.

“Mereka ada impian dan fantasi sendiri. Mahu hidup mewah, ada banglo besar. Ada kereta dan mampu membahagiakan keluarga. Tapi itu Cuma impian dan fantasi yang tidak mungkin dapat digapai oleh mereka. Dan realitinya, mereka terpaksa menyabung nyawa, mencari penghidupan yang sempurna di mata mereka. Seperti mana sekarang. Aku mengakhiri kataku yang agak panjang.

“Jadi maksudnya, setiap manusia itu punyai cita-cita dan impian seperti yang pernah mereka fantasikan atau fikirkan. Pada akhirnya, kita terpaksa berpijak pada kenyataan walaupun ia tidak seindah dan semanis yang kita sangka. Betul?”. Rani cuba metafsir simbolik dari kata-kata ku. Aku tersenyum.begitu juga Rani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience