Chapter 3

Romance Completed 8602

BAB 3

Selesai solat, aku berdoa memohon di beri kecekalan jiwa agar dapat menghadapi hidup yang serba mencabar. Berharap juga agar pertemuan ini menjadi realiti dan segalanya lancar dengan izin maha Esa.

Selesai berdoa, aku kembali ke Restoran tersebut menantikan Rani. Aku segera teringat kembali kisah silam kami berdua ketika di Universiti dulu. Bagaimana kami kenal, bagaimana kami menjadi kawan baik dan akhirnya aku sendiri jatuh cinta pada Rani. Bagaimana Rani menolak niat hati ku yang murni.

Segalanya berputar bagaikan ingin terbalik duniaku. Aku terluka dengan penolakkan Rani terhadap niat suciku. Lebih parah bila mengetahui hatinya kini milik seseorang. Menyembuhkan luka yang tampak di mata terlalu mudah. Tapi untuk menyembuh luka di hati mungkin sukar. Dan itu adalah fakta. Fakta yang tidak mungkin di padamkan kebenarannya.

Hakikatnya, aku tidak pernah sembuh dari kelukaan tersebut. Aku mengakui bahawa aku masih punyai perasaan sayang pada Rani. Sama ada Rani menyedari atau tidak, aku tidak pasti. Aku hanya memiliki baying-bayangnya cuma. Tidak pernah sekalipun mampu memiliki hatinya. Dan setiap saat dan tika aku mengharapkan agar ada keajaiban muncul dalam hubungan kami. Tapi aku sedar segalanya adalah mustahil.

Keajaiban itu hanya milik maha Esa. Aku sedar hal itu. Rani hanya menganggap aku cuma seorang kawan baiknya. Dan itulah seringkali diucapkan ketika di Universiti dulu. Segalanya tetap sama hingga kini. Dan aku tidak akan sesekali melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh Rani. Walaupun, batasan itu membuatkan aku derita.

“Lama dah tunggu?”. Aku terkejut dengan sapaan tersebut.sekaligus mematikan lamunan.

Rani tersenyum memandang kearah ku. Rani duduk di depan ku tanpa di pelawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience