BAB 6

Romance Completed 3284

Peperiksaan berakhir hari ini. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan peperiksaan.

“Yahoo! Syok betul!” sorakku di luar bangunan fakulti.

“Bravo! Aku harap aku pass semua paper. Tak nak repeat even one paper pun! Aku mesti grad semester ni jugak!” sampuk Azie keriangan.

“So, apa plan kau orang lepas ni?” soal Zaza.

“Entahlah. Masih belum plan lagi,” kataku.

“Wei, Die. Kau tak nak jumpa ke ‘abang’ kesayangan kau tu?” soal Azie.

“Abang?” soalku keliru.

“Abang Fikri…” Aku mencebir.

“Euw! Tak kuasa nak berabang-abang dengan dia! Aku rasa Zaza ni lebih senang hati kalau nak panggil Encik Fikri tu abang,” aku mengusik Zaza. Gadis itu menjeling. Aku dan Azie ketawa serentak.

Punat kunci kereta kutekan sebaik memakirkan Produa Myviku di anjung. Dengan langkah pantas aku masuk ke dalam rumah sambil menyanyi kecil. Terasa puas dapat keluar membeli-belah dan menonton wayang bersama rakan-rakanku setelah sekian lama memerap di asrama untuk mentelaah.

“Didie,” panggil mama sebaik aku melintasi ruang tamu.

“Ya, mama.” Aku menoleh ke arah mama yang sedang duduk di sofa di ruang tamu.

“Mari sini kejap,” pinta mama. Aku mengatur langkah menghampiri mama lalu melabuhkan diri di sisinya.

“Ada apa, ma?” soalku. Mama tersenyum. Seketika kemudian mama menunjukkan sebuah kotak baldu kecil kepadaku. Terbeliak mataku tatkala melihat sebentuk cincin belah rotan yang terselit di dalam kotak itu.

“Wow, sweetnya. Siapa punya ni?” soalku. Kagum melihat keindahan cincin belah rotan yang tampak ringkas tetapi menarik itu.

“Untuk Didielah,” kata mama. Aku melopongkan mulut. Untuk aku? Biar betul.

“Untuk Die? Are you really meant it? Takkanlah untuk Die?” kataku bagaikan tidak percaya.

Mama meramas lembut bahuku. Semakin keliru aku dibuatnya. Seketika kemudian mama mengusap ubun-ubunku. Terpinga-pinga aku dengan gelagat mama itu.

“Anak dara mama ni dah besar,” kata mama perlahan.

“Sekejap aja masa tu berlalu. Mama rasa macam baru semalam mama mengendong dan menyusukan Didie,” sambungnya. Aku mengerutkan dahiku.

“Apa kena-mengenanya cincin ni dengan semua tu, mama?” soalku. Mama masih lagi tersenyum sambil merenungku.

“Didie, tadi ada orang datang,” tutur mama perlahan.

“Siapa?”

“Adalah. Dia orang datang nak meminang Didie.” Zappp!!! Bagai tersentap jantungku. Betulkah apa yang aku dengar ini?

“Siapa, ma?” Rasa ingin tahu terus menyerbu diri ini.

“Adalah, hamba ALLAH ni,” kata mama ingin berahsia denganku.

“Yalah, tapi siapa?”

“Itu tak penting. Yang penting sekarang ni, Didie terima atau tak?” soal mama berbasa-basi.

“Mama, macam mana Didie nak terima, sedangkan Didie tak kenal siapa orangnya,” tegasku.

“Mama pasti, Didie kenal siapa dia. Dan mama percaya yang dia boleh membahagiakan anak mama ni,” kata mama yakin.

Aku terdiam. Siapakah gerangan manusia itu? Aku kenal? Siapa, ya? Dan perlukah aku menerimanya?

“Didie, keputusan di tangan Didie. Mama takkan memaksa Didie sebab ini soal masa depan Didie. Mama dan ayah beri kelonggaran kepada anak-anak kami untuk memilih pasangan hidup masing-masing. Kalau Didie dah ada pilihan sendiri, beritahu aja kat mama. Boleh mama beritahu orang tu awal-awal dan pulangkan semula cincin ni,” kata mama lembut. Aku menghelakan nafas berat. Kotak kecil itu telahpun bertukar tangan.

“Mama, kalau mama fikir dia tu baik dan sesuai dengan Die, terpulanglah kepada mama dan ayah. Die ikut aja, ma,” ucapku yakin.

“Jadi, Didie terimalah ni?” soal mama buat kesekian kalinya.

“Terima ajalah, mama. Die dah malas nak beratkan fikiran Die ni lagi. Tak kisahlah siapa pun dia, asalkan dia dapat membahagiakan Die.”

Minggu berikutnya, aku ke UiTM untuk bertemu dengan Puan Aisyah. Kami menikmati makan tengahari kami bersama di Kafe Menara.

“Awak terima pinangan tu?” soal Puan Aisyah sebaik aku memberitahunya tentang peminangan tersebut. Aku sekadar mengangguk.

“Tapi awak tak kenal dengan bakal tunang awak tu, kan?” soalnya lagi.

“Mak saya kata, saya kenal dengan bakal tunang saya tu, tapi mak saya tak mahu cakap siapa,” jawabku.

“Hmm… peliknya! Kenapa perlu berahsia?” Aku menjungkitkan bahu dengan persoalan itu.

“Majlis pertunangan tu akan berlangsung seminggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Maknanya, saya hanya ada sebulan aja untuk membuat persiapan. Majlis nikahnya pula akan berlangsung selepas konvo, insyaAllah.” Puan Aisyah hanya tersenyum memandangku.

“Tahniah, Dylea. Saya doakan awak bahagia dengan bakal tunang awak tu.”

“Terima kasih, puan.”

“Hmm… beruntung orang tu. Kalau tak, mahu aja saya padankan awak dengan adik lelaki saya,” usik Puan Aisyah.

“Alah, puan. Apa yang ada pada saya ni?”

“Awak cantik, Dylea. Bukan itu sahaja, malah awak juga cerdik. You are intelligent, Dylea. Untung siapa yang dapat awak sebagai isteri,” pujinya melambung. Ah! Merah padam mukaku dibuatnya.

“Hisy, ada-ada ajalah puan ni,” ucapku malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience