BAB 4

Romance Completed 3284

WAKTU kian beredar sedetik demi sedetik. Tanpa disedari, aku sudah berada di semester terakhir. Bermakna hampir tiga tahun jugalah aku menuntut ilmu perakaunan di universiti ini.

Dan selama tiga tahun aku berada di sini, pelbagai pengalaman suka dan duka telah aku lalui. Namun, semenjak akhir-akhir ini agak banyak peristiwa yang tidak menyenangkanku telah berlaku. Azrai, kekasihku kian menyepikan diri.

Tiap kali aku membuka Yahoo Messenger, dia pasti tiada. Sudah lama dia tidak berada di talian. Kenapa ya? Adakah dia terlalu sibuk dengan kuliah serta tugasannya sehingga dia tidak ada masa langsung untuk ber ‘YM’?

Yang paling aku tidak suka, semester ini aku terpaksa bersua lagi dengan Encik Fikri, si bapak singa itu! Namun yang anehnya, sikap Encik Fikri sudah jauh berubah. Dia tidak lagi garang seperti dulu.

Tutur kata dan bicaranya sejak akhir-akhir ini cukup lembut sekali. Tidak pernah kulihat dia bersikap sebegitu sebelum ini. Malah, dia tidak lagi suka mencari fasal denganku.

Kalau ada kesilapan yang aku lakukan, dia akan menegur dengan cara lembut. Rupanya, bukan aku yang berprasangka begitu, malah pelajar-pelajar lain turut perasan akan perubahan sikap Encik Fikri.

Menurut Puan Aisyah, Encik Fikri berubah laku menjadi pendiam seperti itu semenjak kematian isterinya dalam satu kemalangan jalanraya tahun lalu. Kasihan bapak singa itu.

Tapi bagus juga kalau dia dah berubah. Sekurang-kurangnya, tak adalah aku rasa meluat setiap kali hendak masuk ke kelasnya. Bolehlah aku belajar dengan tenang tanpa gangguan.

Tambahan pula, aku kini berada di semester akhir. Pastinya aku tak mahu gagal walau satu matapelajaran sekalipun. Aku mahu grad on time! Itu matlamat aku.

Suatu hari, aku dikejutkan dengan kehadiran Azrai di kolejku. Sememangnya, kehadirannya amat menggembirakanku. Sudah bertahun tidak bersua, pastinya aku cukup merinduinya.

“Azrai! Bila balik sini?” soalku teruja. Ketika itu, hanya kami berdua yang berada di wakaf kolej.

“Semalam. I balik pun sekejap aja. Lagi dua hari I akan pulang semula ke Aukland,” terangnya.

Aku mengerutkan dahi. Kurasakan Azrai ketika ini kelihatan berlainan sekali. Wajahnya yang dulunya cukup ceria dan mudah tersenyum kini tampak mendung, seperti sedang menanggung beban yang amat berat.

“Azrai, you okey ke?” soalku resah. Dia mengangguk. Wajahnya tetap kelam.

“Are you sure? You macam tak happy aja jumpa dengan I?” soalku lagi.

“Bukan macam tu, Didie…”

“Kenapa sekejap sangat balik sini? At least duduklah seminggu.”

“I masih ada kuliah.

“Habis tu, kenapa tak tunggu cuti semester aja?” Dia mengeluh berat.

“Die, I minta maaf kalau apa yang bakal keluar dari mulut I ni membuatkan you kecewa. Sebenarnya, bukan niat I untuk melukakan hati you.” Mukadimahnya itu membuatkan dadaku berdegup kencang.

Apakah yang ingin diucapkannya? Adakah dia ingin mengucapkan kata-kata perpisahan? Oh tidak! Aku tak sanggup untuk memutuskan ikatan kasih yang telah terjalin selama enam tahun ini!

“Die, sebenarnya tujuan I pulang ni untuk melawat keluarga I dan juga….” Kata-katanya tergantung di situ.

“Dan juga apa, Ray?” soalku perlahan.

“Dan juga… I nak kenalkan family I dengan isteri I.” Aku terpaku tatkala mendengar kata-kata Azrai itu. Tuhan, apakah benar apa yang diucapkannya ini? Adakah ia satu realiti atau mimpi semata-mata?

“What? Azrai, please! Jangan nak bergurau dengan I macam ni. I tak suka, Ray! Please, tell me this is not true!” jeritku. Azrai memandangku sayu. Kedua belah tanganku dicapai lalu diramasnya lembut. Wajahnya turut kelihatan sendu.

“It’s true, Die. I tak tipu you. I dah kahwin. Kami bernikah di New Zealand.” Tanganku yang berada dalam genggamannya kurentap kuat.

“Kenapa you tak pernah beritahu I yang you dah jumpa orang lain, Ray? Kenapa, Ray?” soalku sebak.

“I’m so sorry, dear. I love you so much, tapi I terpaksa nikahi Sasha sebab kami dah terlanjur. I terpaksa bertanggungjawab dengan perbuatan I.” Aku menelangkupkan mulutku dengan telapak tangan menahan tangis.

Dadaku juga kian perit menahan sebak. Hancur luluh perasaanku mendengar pengakuan yang dibuat oleh Azrai itu tadi. Terasa menggeletar seluruh tubuh ini.

“Didie…”

“Cukup! Cukup Ray! I dah tak nak dengar apa-apa lagi. Now please go. I tak nak tengok muka you lagi!” Dengan langkah yang longlai, aku meninggalkan tempat itu dengan hati yang teramat parah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience