BAB 2

Romance Completed 3284

SUASANA di Perpustakaan Tun Abdul Razak cukup lengang pagi itu. Tak ramai pelajar yang berkunjung ke situ. Mungkin ramai yang ada kelas pagi ini. Maklumlah, pagi Isnin.

Jarang sekali pelajar yang tiada kuliah di pagi Isnin. Buku yang berselerak di hadapanku langsung tidak kuhiraukan. Fikiranku jauh melayang, mengenangkan insiden pagi tadi.

Argh! Ini semua gara-gara aku tidur lewat malam tadi kerana terlalu lama berchatting dengan Azrai. Aku hanya dapat melelapkan mata pada pukul tiga pagi. Kalau tak mengenangkan pagi ini aku ada kelas, pastinya sampai ke pukul tujuh, aku sanggup chat dengan Azrai, lelaki kedua yang kucintai selepas ayahku.

Bukannya aku tak pernah buat, malah dah berkali-kali. Aku hanya berhenti sebentar untuk menunaikan solat Subuh. Azrai pula yang kini berada jauh di perantauan bagaikan tidak jemu melayaniku.

“Dylea!” tegur satu suara, menyentakkanku dari lamunan. Puan Aisyah, pensayarah matapelajaran ekonomi yang sangat rapat denganku sudah tercegat di hadapanku.

“Eh, puan! Silakan duduk,” pelawaku. Dia tersenyum bersama gelengan.

“Tak apalah, Dylea. Awak buat apa kat sini? Bukan ke pagi ni awak ada kelas costing?” soalnya. Argh, apa aku nak jawab ni? Sememangnya, aku cukup akrab dengan Puan Aisyah. Dia sering kujadikan tempat untuk meluahkan masalahku termasuklah masalah dengan Encik Fikri. Tetapi, kalau aku ceritakan apa sebab aku di sini dan kenapa Encik Fikri tidak membenarkan aku masuk ke kelasnya pagi itu, pastinya Puan Aisyah akan menyebelahi bapak singa itu.

“Saya tak masuk kelas pagi ni, puan. Err… puan pulak buat apa kat sini?” soalku pula, cuba melarika diri dari terus disoal-jawab oleh Puan Aisyah.

“Biasalah, Dylea. Saya selalu ke sini untuk mencari bahan rujukan untuk mengajar nanti. Err…awak dah breakfast?” Aku menggeleng. Hilang seleraku untuk bersarapan pagi mengenangkan peristiwa tadi.

“Kalau tak keberatan, jomlah kita sarapan sama? Saya pun belum breakfast lagi ni. Nanti boleh kita berbual?” pelawanya. Aku serba-salah untuk mengikuti Puan Aisyah.

“Jomlah, Dylea. Lagipun saya tengok awak asyik termenung aja dari tadi. Tak fokus dengan buku yang melambak depan awak tu. Tak guna study kalau fikiran awak terganggu. Dah, jom!” Nak tak nak, terpaksalah aku mengikut Puan Aisyah ke Kafe Menara.

“Apa lagi yang tak kena ni, Dylea?” soal Puan Aisyah ketika berada di kafeteria Menara SAAS.

“Ni mesti tak lain dan tak bukan, kes dengan Encik Fikri, kan?” soal Puan Aisyah lalu meneguk sedikit teh susu kegemarannya.

“Siapa lagi, puan? Kalau bukan dia yang suka timbulkan kes!”

“Awak ada buat silap, kot?”

“Ya, memang silap saya sebab terlewat masuk kelas pagi tadi. Tapi saya lewat sepuluh minit aja, bukannya lama pun! Tak pasal-pasal dia malukan saya depan kelas, mengamuk tak tentu pasal lepas tu bagi hint suruh saya keluar!” luahku geram. Puan Aisyah ketawa kecil.

“Kamu dah tahu dia tak suka pelajarnya masuk kelas lambat, kenapa kamu buat jugak? Sebab tulah dia marah.” Huh, aku dah agak! Pasti Puan Aisyah akan membela ‘adik angkatnya’ itu.

“Dylea, sebenarnya Encik Fikri tu okey. Dia tegas macam tu sebab dia nak yang terbaik untuk pelajarnya. Dia tak mahu pelajar-pelajarnya gagal, itu saja…” nasihat pensyarah wanita itu lagi.

“Awak patut minta maaf dengan Encik Fikri, Dylea.” What? Minta maaf dengan bapak singa tu? Oh, no..! No! No! Tidak sama sekali. Never!

“Perlu ke saya minta maaf, puan? Okey, memang silap saya datang lewat ke kelasnya dan dia telah pun menghukum saya. Kenapa perlu minta maaf lagi?” bantahku.

“Saya tahu, awak masih tak puas hati dengan Encik Fikri. Sebelum ni pun, awak sering cerita yang dia selalu aim awak ketika dalam kelas sehingga awak rasa tak selesa. Tapi awak sedar tak Dylea, yang dia buat macam tu sebab dia terlalu mengambil berat terhadap awak?” Aku mencebir.

“Whatever, puan.” Kenapalah semua orang hendak menyebelahi bapak singa tu? Ah, tak faham aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience