BAB 5

Romance Completed 3284

AKU tersedu sendirian di sebuah bangku yang terletak berhampiran kawasan fakulti. Pokok rendang yang memayungi tempat tersebut, ditambah dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa langsung tidak mampu untuk menyejukkan hatiku yang panas membara ini.

Sudah terlalu banyak airmataku mengalir keluar sejak semalam hinggalah ke hari ini. Pengakuan Azrai petang semalam benar-benar merundun hati dan perasaanku.

Sungguh aku tak sangka dia sanggup melukakan perasaanku dengan melakukan perkara terkutuk ini. Sudahnya, kami terpaksa berpisah akibat dari perbuatan bodohnya itu.

“Dylea Dalila…” Kedengaran satu suara yang cukup lembut memanggil namaku dari belakang.

Aku yang ketika itu begitu asyik melayan perasaan sedihku tersentak. Kuseka airmataku sebelum menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya aku tatkala melihat pemilik suara tersebut.

“Encik Fikri!” Aku menjadi gelabah seketika.

“Awak okey ke?” soalnya lembut. Dalam keadaan kalut, aku mengangguk. Namun jangan haraplah aku akan terpikat dengan suaranya yang lembut macam agar-agar itu. Never! Aku takkan lupa dengan setiap perbuatanya terhadapku dulu!

“Awak buat apa sorang-sorang kat sini?”

“Tak buat apa-apa, Encik Fikri. Saja, nak ambil angin kat sini,” jawabku tenang.

“Encik Fikri buat apa kat sini?” soalku pula.

“Saya park kereta saya kat situ. Saya nak keluar lunch sebenarnya ni. Waktu saya ke kereta tadi saya nampak awak duduk sorang-sorang kat sini. Hmm… kalau tak keberatan, apa kata kita pergi lunch sama?” Aku merenung mata Encik Fikri. Dia pelawa aku untuk makan tengahari bersama? Bapak singa ni demam ke?

“Eh, err… tak apalah Encik Fikri. Terima kasih aja,” ucapku lalu terus mengatur langkah untuk meninggalkannya.

“Didie, tunggu!” panggilnya. Aku tersentak. Dia panggilku dengan panggilan Didie? Mana dia tahu nama panggilanku?

“Kenapa tiba-tiba Encik Fikri terlalu baik dengan saya? Bukankah dulu Encik Fikri cukup tak suka dengan saya?” Tak semena-mena terhambur persoalan yang terbuku semenjak awal semester hari itu.

Kesedihan yang kutahan sejak tadi bagaikan tak mampu untuk kutanggung lagi. Akhirnya aku menangis juga di hadapan bapak singa ini.

Dia melangkah ke hadapanku. Sehelai sapu tangan diserahkannya kepadaku. Wajah yang tertunduk kudongak, memandangnya. Sapu tangan yang dihulurkannya itu kusambut. Jelas terpancar riak kesal dan rasa simpati pada wajahnya.

“Okey, okey… saya minta maaf di atas segala perbuatan saya terhadap awak dulu. Tapi percayalah, saya buat macam tu sebab saya terlalu mengambil berat terhadap awak. Saya tak mahu awak gagal sebab saya tahu awak bijak, Didie…”

“Please don’t call me that! Call me Dylea as usual!” marahku. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang layak memanggilku dengan panggilan Didie.

“Okay fine, Dylea! Sejak pertama kali saya tengok awak dalam kelas saya, awak macam tak fokus. Awak selalu mengantuk. Kekadang tu saya tertanya-tanya kenapa awak macam tu. Saya cuba risik setiap aktiviti awak semasa di kolej. Saya nak tahu apa yang awak buat sehingga awak hilang tumpuan dalam kelas. Kawan-kawan awak beritahu saya yang awak selalu berchatting dengan teman lelaki awak yang berada di luar negara sampai pukul tiga ke empat pagi. Itu yang membuatkan saya marah dan seterusnya terpaksa bertindak tegas terhadap awak. Dylea, saya sayangkan awak. Saya tak mahu awak kandas hanya kerana perkara-perkara remeh macam ni. Ingat, Dylea. Masa depan awak lebih penting sekarang ni. Cinta boleh difikirkan kemudian.” panjang nasihatnya. Aku terdiam. Benar-benar rasa terpukul sekaligus terharu dengan nasihatnya yang tulus itu.

Semenjak peristiwa bapak singa itu menasihatiku tempoh hari, aku menjadi semakin rapat dengannya. Ops! Gelaran ‘bapak singa’ itu patut kubuang jauh. Serasakan dia tidak layak digelar gelaran itu lagi.

Aku kini lebih senang memanggilnya Encik Fikri dari memanggilnya bapak singa. Namun begitu, aku tetap juga rapat dengan Puan Aisyah. Encik Fikri dan Puan Aisyah ibaratkan sebagai abang dan kakakku di sini.

Rakan-rakanku yang lain turut merasa hairan melihat keakrabanku dengan Encik Fikri. Mana tidaknya, dulu aku cukup anti dengan Encik Fikri. Alih-alih jadi ‘kamcing’.

Apa yang lebih pasti, ramai juga pelajar perempuan yang cemburu, lebih-lebih lagi Zaza. Aku dengar, dia ada pasang impian untuk cuba memikat Encik Fikri semenjak kematian isterinya tahun lalu. Maklumlah, peminat nombor satu Encik Fikrilah katakan.

Sedangkan dulu sewaktu Encik Fikri masih bergelar suami pun, dia sudah berangan hendak menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat. Inikan pula setelah pensyarah itu menduda, makin meninggilah angan-angannya itu. Dasyat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience