BAB 8

Romance Completed 3284

SELESAI membaca Surah Yasin, kami berdiri serentak. Aku hanya memerhatikan Abang Fikri menyiram air mawar ke pusara arwah isterinya. Jag yang masih berisi separuh air mawar itu bertukar tangan. Dengan bacaan bismillah, aku turut menyirami pusara tersebut.

“Jom kita balik, sayang,” ajaknya lembut. Aku mengangguk. Sebaik kami mengaturkan langlah, tiba-tiba langkah Abang Fikri terhenti.

“Kenapa, bang?” soalku. Dia menundingkan jarinya ke satu arah. Kelihatan seorang wanita sedang kusyuk membaca Surah Yasin di hadapan sebuah pusara.

“Abang rasa, abang kenal perempuan tu,” ujarnya.

“Jom, kita jumpa dia sekejap,” ajaknya pula. Aku hanya akur dan menurutnya dari belakang.

Belum sempat Abang Fikri menyapa wanita tersebut, dia sudah menoleh ke belakang. Dia tersenyum manis ke arah kami.

“Assalamualaikum, doktor,” ucap Abang Fikri. Wanita itu menjawab salam Abang Fikri.

“Waalaikumussalam, Encik Fikri. Apa khabar?” soalnya.

“Baik, doktor. Err… doktor, kenalkan ini bakal isteri saya Dylea Dalila,” dia memperkenalkanku dengan wanita tersebut. Kami bersalaman.

“Tahniah, Encik Fikri.”

“Terima kasih, doktor. Err… Die, ini Dr. Farah Atika. Dialah yang dulu bersusah-payah cuba menyelamatkan nyawa arwah Kak Nani,” terang Abang Fikri.

“Tapi saya gagal, Encik Fikri,” Dr Farah Atika menyampuk, kesal.

“Jangan cakap macam tu, doktor. Ini semua takdir, tiada sesiapa yang boleh melawan,” ucap Abang Fikri tenang.

“Doktor melawat kubur siapa ni?”soal Abang Fikri setelah sepi seketika.

“Oh, ini kubur arwah suami saya,” jawabnya tenang.

“Kubur suami doktor?” Dia mengangguk.

“Hmm… dia meninggal akibat ketumbuhan di otaknya. Waktu tu, saya masih lagi berada di pengajian semester akhir. Tak sempat untuk saya berbakti dan menolong orang yang paling saya sayang,” ucapnya lirih.

“Maaf, saya tumpang simpati. Walau macam mana sekalipun, kita kena redha.”

“Betul tu, Encik Fikri. Dah lima tahun arwah pergi. Selama lima tahun tu jugaklah saya cuba muhasabah diri saya supaya redha dengan pemergiannya. Tapi ternyata, saya tak sekuat seperti yang disangka. Di saat saya tersenyum, tiada siapa yang tahu dalam hati saya ni sedang menanggung kesedihan yang amat berat,” luah doktor wanita itu.

“Bersabarlah, doktor. Waktu dia dah sampai. Kita pun akan mengikut jugak nanti. Cuma tak tahu bila.” Dr. Farah Atika hanya mengangguk mendengar nasihat Abang Fikri.

“Okeylah, Encik Fikri, Cik Dylea… saya pulang dulu.” Dia meminta diri.

“Doktor tak kerja hari ni?” soal Abang Fikri.

“Saya cuti hari ni, Encik Fikri. Anak saya demam,” terangnya. Kami mengangguk.

Kami hanya menghantar pemergian Dr. Farah Atika dengan pandangan mata kami.

“Kesian doktor tu, kan bang? Muda lagi, dah kematian suami,” ucapku simpati. Abang Fikri mengangguk perlahan.

“Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah suami doktor,” ucap Abang Fikri. Aku mengangguk setuju. Kutadahkan kedua belah tanganku untuk menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah suami Dr. Farah Atika. Selesai membaca sepotong dua ayat suci Al-Quran, barulah kami beransur meninggalkan tanah perkuburan yang sunyi itu.

Sebaik kami memboloskan diri ke dalam kereta, Abang Fikri mencapai lalu mengelus mesra tanganku. Aku tersentak dengan perlakuannya itu dan memandang wajahnya dengan perasaan hairan.

“Abang percaya, Didie mampu membahagiakan abang, kan?” ujarnya. Aku mengangguk bersama segaris senyuman.

“Didie akan buat abang bahagia, sepertimana arwah Kak Nani lakukan terhadap abang,” ucapku. Dia menggeleng.

“Tak perlu ikut cara arwah Kak Nani. Abang nak Didie bahagiakan abang dengan cara Didie sendiri. Jadilah diri Didie sendiri, tak perlu jadi orang lain. Barulah kita betul-betul ikhlas menyayangi seseorang.” Aku tersenyum lagi bersama anggukan kecil.

“Yalah, bang. Didie janji yang Didie akan menyayangi abang dengan sepenuh hati Didie.”

Abang Fikri tersenyum. Lantas tanganku dikucupnya dengan penuh rasa kasih. Di saat ini, tiada apa yang dapat kurasakan melainkan rasa cinta dan bahagia.

“Terima kasih sayang, kerana sudi menerima abang. I will always love you forever,” ucapnya penuh syahdu.

“I love you too, abang. Always…” ucapku penuh perasaan. Akhirnya, aku tidak dapat menolak hakikat yang aku juga mencintai Encik Fikri, lelaki dan juga pensyarah phsyco yang cukup kubenci dahulu sehingga aku menggelarnya ‘bapak singa’.

Kini kusedar, dialah yang kumahukan selama ini. Seorang lelaki yang menyayangi, mengasihi dan mencintai diri ini dengan seikhlas hatinya. Terima kasih, Tuhanku dia atas anugerah ini. Kekalkanlah kegembiraan ini hingga ke akhir hayatku. Doaku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience