BAB 3

Fanfiction Completed 1548

Sepanjang mereka berdua membesar, Elsa hanya berada di dalam biliknya dan menjadi seorang yang takut untuk bergaul akibat kuasanya itu. Apabila Elsa menjelang umur 16 tahun, ibu bapanya telah pergi berangkat ke negara jiran atas urusan penting.

Mereka meninggalkan Elsa dan Anna berdua bersama staf di istana mereka. Pada mulanya, Elsa risau dan tidak mahu mereka berdua berangkat dari rumah itu akan tetapi mereka memujuk Elsa dan memberitahunya yang mereka akan kembali dalam dua minggu.

Malangnya, selepas beberapa hari, Elsa dan Anna serta seluruh rakyat Arendelle dikejutkan dengan berita yang sedih. Kapal yang dinaiki Raja David dan isteri telah tenggelam di laut pasifik dan mayat mereka tidak dapat dijumpai selepas beberapa hari.

Segala usaha pencarian telah dibuat sehingga sampai satu bulan sejak kehilangan mereka berdua, Elsa, Anna dan Arendelle akur dengan berita buruk itu.

Elsa mula mengurung dirinya selepas mendengar berita yang tragis itu dan hanya Anna yang sentiasa berada di luar bersama rakyat jelata.

Orang ramai mula mencari Elsa yang sepatutnya berada bersama Anna di masa-masa genting sebegini namun Elsa tetap berada di dalam biliknya dan terus mendiamkan diri.

Selepas 3 tahun kemudian, Elsa sudah mencapai umur 19 tahun dan sudah mencapai umur yang sesuai untuk memerintah negara Arendelle.

Seluruh rakyat jelata dan Anna sangat teruja dengan hari pertabalan Elsa kerana buat pertama kalinya istana Arendelle akan dibuka dan semua orang akan dapat beramah mesra dengan adik beradik diraja itu.

Anna sangat teruja dan membantu staf istana untuk menjayakan hari pertabalan itu manakala Elsa pula merasa semakin risau dan gusar tentang hari pertabalan kerana dia risau yang kuasanya akan memberi kesan yang negatif kepada orang lain termasuk Anna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience