BAB 1

Fanfiction Completed 1548

Pada suatu hari, terletak sebuah negara di utara Eropah yang bernama Arendelle. Ekonomi negara ini berlandaskan aktiviti perikanan, ais dan hasil tanaman yang bermusim memandangkan cuaca di negara ini sering sejuk.

Di Kawasan hutan Arendelle, adanya satu tasik yang sering menjadi tumpuan buat peniaga ais yang akan mendapatkan blok ais beku di tasik itu.

Seorang budak lelaki yang bernama Kristoff sudah menceburi perniagaan ini bersama rusanya yang sangat comel.

Kristoff merupakan seorang anak yatim dan sering berada di Kawasan bandar untuk mencari makanan atau pun bekerja untuk mendapatkan wang untuk makan.

Di istana diraja Arendelle pula, ada dua adik beradik diraja iaitu Elsa dan Anna. Mereka berdua adalah anak perempuan kepada Raja David iaitu Ketua negara Arendelle.

Elsa dan Anna sangat rapat sejak kecil memandangkan jarak umur mereka tidak jauh. Setiap petang, mereka berdua akan bermain di ruang legar istana sesame sendiri.

Elsa merupakan anak istimewa dimana dia ada satu kebolehan mengawal ais dan kesejukkan. Elsa boleh membuat sesuatu atau menyejukkan sesuatu menjadi ais dan juga boleh menjadikan sesuatu sebagai salji.

Kebolehan Elsa yang unik ini adalah hasil daripada satu sumpahan yang telah diturunkan dalam keluarga mereka.

Walau bagaimanapun, sumpahan atau kebolehan ini tidaklah merbahaya sehingga pada suatu malam. Anna tidak dapat tidur dan cuba untuk memujuk kakaknya, Elsa untuk bermain bersamanya.

Elsa yang sangat menyayangi adiknya setuju dan segera ke ruang tamu untuk bermain bersama. Elsa menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan salji untuk mereka bermain.

Malangnya, sampai satu ketika apabila Elsa tidak dapat mengawal kuasanya sehingga tidak sengaja terkena adiknya, Anna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience