BAB 5

Fanfiction Completed 1548

Anna merasa sangat gembira, teruja dan dengan serta -merta, setuju untuk berkahwin dengan lelaki yang baru dijumpainya itu.

Anna membawa Putera Hans untuk berjumpa dengan Elsa untuk meminta restu namun apabila mereka bertiga berjumpa, Elsa menentang dengan sekeras-kerasnya kerana bagi Elsa, keputusannya itu sangat cepat.

Anna berasa sangat marah dengan Elsa yang tidak setuju dengan perkahwinannya itu lalu mempersoalkan Elsa yang selama ini tidak pernah mengambil peduli tentang Anna.

Pertelingkahan Elsa dan Anna menyebabkan Elsa menjadi sangat marah sehingga dia tidak dapat mengawal kuasanya.

Elsa dengan tidak sengaja membekukan istana itu dan rakyat mula merasa takut dengan kuasa Elsa.

Dia yang rasa takut dan bingung segera melarikan diri dan telah menyebabkan Arendelle mengalami musim sejuk secara tiba-tiba. Elsa lari ke dalam hutan Arendelle sendiri dan mula merasa dirinya sendiri kerana dia tidak perlu risau dengan stigma orang lain di sekelilingnya.

Anna pula yang terkejut dengan apa yang berlaku mula bergegas untuk mengejar kakaknya. Anna berasa sangat bingung dan terkejut dengan kuasa Elsa kerana memorinya tentang semua ini telah hilang.

Putera Hans telah diberi mandat untuk menjaga Arendelle sepanjang ketiadaan Anna dan Anna segera pergi ke hutan Arendelle yang tebal itu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience