BAB 2

Fanfiction Completed 1548

Anna jatuh pengsan akibat kuasa yang dikeluarkan dari tangan Elsa dan sebahagian dari rambutnya telah berubah warna menjadi warna putih.

Elsa segera memanggil ibubapanya yang sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Mereka bertiga mula cemas dengan keadaan Anna yang semakin pucat dan susah untuk bernafas.

David teringat tentang seorang ahli sihir yang berada di hutan Arendelle yang boleh menyembuhkan perkara sebegini. Mereka berempat bergegas ke hutan Arendelle dengan menaiki kuda mereka.

David dan keluarganya tiba di satu Kawasan yang kosong dan dipercayai dihuni oleh ahli shiri itu. Secara tiba-tiba, banyak batu-batu besar berguling kearah mereka.

David segera memberi tahu makhluk aneh itu yang mereka mahu berjumpa dengan ketua mereka dengat cepat. Tidak lama kemudian, satu makhluk telah berjumpa dengan mereka.

Makhluk aneh yang dijumpai oleh keluarga diraja ini adalah makhluk Trolls. Mereka kelihatan sangat menakutkan dalam buku buku namun apabila David berjumpa dengan mereka, mereka kelihatan sangat comel dan sangat baik.

David menyatakan sebab dan hasratnya untuk berjumpa dengan mereka tentang anaknya yang terkena kuasa Elsa itu. Ketua Trolls itu menyembuhkan Anna dengan kuasanya dan memberikan nasihat kepada mereka tentang Elsa.

Memori Anna tentang kuasa Elsa akan dipadam dan Elsa di nasihatkan untuk tidak bergaul dengan ramai orang agar orang lain tidak akan terkena sebegini lagi.

Elsa juga diberitahu tentang bagaiman kuasanya akan menjadi semakin kuat dan Elsa perlu tahu cara untuk mengawalnya kuasanya itu.

Disebabkan nasihat itu, David dan isterinya cuba mengurangkan pekerja yang ada di istana, memastikan istana mereka tidak berhubung dengan dunia luar dan mengasingkan Anna dan Elsa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience