BAB 6

Fanfiction Completed 1548

Anna terjumpa satu kedai yang terletak di dalam hutan tebal itu dan singgah sebentar ke kedai itu untuk mendapatkan baju yang sesuai. Anna juga mahu berehat selepas beberapa lama berjalan di hutan yang tebal itu.

Di kedai itu, Anna terjumpa dengan seorang lelaki yang bersama rusanya. Mereka juga membeli barang yang selalunya digunakan semasa musim sejuk dan berbual sesama sendiri.

Anna yang mengetahui lelaki itu yang bernama Kristoff mempunyai bekalan yang cukup untuk mereka pergi ke Gunung Utara Arendelle bersama. Anna memujuk Kristoff untuk pergi bersamanya namun pada mulanya, Kristoff berasa sangat musykil dan tidak percaya dengan Anna.

Kristoff meninggalkan Anna sendiri pada malam itu namun Kristoff berasa sangat bersalah lalu kembali untuk membawa Anna bersamanya.

Kini, Anna bersama Kristoff dan rusanya sedang menjelajah hutan Arendelle yang tebal itu. Mereka tiba di satu kawasan di mana kawasan itu sangat cantik. Tiba-tiba, mereka terdengar satu suara di kawasan itu.

Mereka bertiga mula rasa risau dan takut dengan suara yang semakin dekat dengan mereka. Secara tiba tiba, satu kelibat telah datang ke arah mereka. Anna mendapati yang “benda itu” adalah orang salji yang bernama Olaf.

Olaf sangat peramah dan teruja untuk berkawan bersama Anna dan Kristoff. Selepas Anna menjelaskan apa tujuannya untuk datang ke tempat itu, Olaf setuju untuk ikut bersama mereka untuk mencari Anna.

Anna dan Kristoff menjadi semakin rapat sepanjang perjalanan itu dan Olaf pula sentiasa menceriakan suasana mereka yang sedang dalam satu pengembaraan.

Selepas beberapa lama berjalan, mereka akhirnya jumpa satu istana ais yang sangat cantik di atas Gunung Utara Arendelle. Pada masa ini, Elsa sedang berada did alam istana ini sendiri dan merasa sangat selesa bersendirian tanpa ada yang lain.

Anna mengetuk pintu itu dan segera memanggil nama Elsa. Selepas beberapa panggilan, Elsa keluar dari pada kamarnya dan berjumpa dengan Anna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience